My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

better alone :)

Assalamualaikum readers

Entri kali ni bukannya entri putus cinta ke one is better than two ke or duduk sorang sorang merenung nasib.
This entri is actually about friends but not tentang friends sangat la. 

Selalunya kalau korang pergi shopping korang akan ajak siapa?? Friends?? Of course kan sebab diorang je yang lebih memahami korang. Kalau ajak ma n pa,  diorang akan hulur duit then tunggu dekat luar . berdua duaan diluar sambil memerhati anak anak mereka membeli belah . Konon bahagia anak da boleh independent  * aku la tuhh. 


Kalau ajak kawan... Mostly perempuan akan ajak the girls kaum sepapat untuk berjoli joli whereas yang lelaki akan ajak yang perempuan. Konon malu keluar dengan lelaki. Tak paham aku. Haha Pernah tak korang mempunyai kawan yang dia mempunyai masalah confius yang melampau. Seems like "kita tak tau nak pilih yang mana satu." It's ok , I can help u.
Me?? For sure ada. Aku still berkawan dengan orang macam tu. Contoh dia nak beli beg but dia taktau nak pilih yang mana satu so dia ambil keputusan tanya 7 of us. Itu adalah salah satu cara yang sangat mujarab. Daripada dia membazir duit beli dua dua better dia tanye sorang sorang. After half an hour dia da get confius sorang sorang , dia bersuara, "Tolong pilih kan boleh? theeeeee" 


or This


 Last last dia tak pilih dua dua dan bla dari kedai tu. Ok! Aku memang menyirap dengan perangai orang camtu.

Then shopping baju. Buat apakah kau berjam jam dalam fitting room tu? Kau  cantumkan balik ke mirror mirror dalam tu wahai kawan. 10 minit aku boleh terima. Lebih, lantak pi la kat hang. Memang kena tinggai la dengan aku an.

Kadang kadang aku lagi suka shopping sorang sorang. Sebab kalau shopping lebih dari sorang memang take time. Then menyesal "kenapa aku ajak dia shopping ". Lagipun shopping sorang sorang kita bebas nak pergi mana je pun. Ni kalau boleh satu kedai  nak sumbat semua orang. Yang truly belinya hanya sorang je. Kalau aku jadi salesgirl kat situ memang aku akan ngumpat belakang. Haha. 

Shoping sorang-sorang baru cool ! (Izzatirosli,2011)

Kalau nak jimat masa sangat shopping la online :)



Photoshop:cinematic action

Assalamualaikum reader  :)

Entri pada kali ini aku nak share sesuatu dengan korang. Yes! Photoshop tutorials. Ala-ala cinema punye.

 

Tekan sini kalau nak action tu.

Selamat berphotoshop la ye ;)


#Wordless Friday 1

Assalamualaikum and friday readers.

Selalunya korang akan dengar wordless wednesday and thursday je kan. Tapi hari ni aku nak merasmikan Wordless Friday dekat blog aku ni. Korang ade?? Kalau ada, kebetulan mungkin. Hehe Wordless Friday ini dalam bahasa mudahnya tazkirah jumaat la senang cerita. Apa guna ada blog tapi taknak share benda baik. kan?

Sempena Wordless Friday aku yang pertama ni aku nak share dengan korang satu benda. Sekarang ni orang sibuk nak mencari kesalahan orang lain. Contohnya pasal aurat perempuan. Bukan maksud aku nak backup perempuan yang tak menutup aurat tu tapi korang sedar tak yang korang selalu cakap pasal dosa orang tapi diri sendiri tak berubah. *aku la tu. Tapi bagus jugak macam tu. Sekurang-kurangnya diorang akan tegur cara pemakaian orang sekeliling.

Aku takkan cakap pasal 11.11.11. Jangan terlampau taksub dengan tarikh tu ye readers semua. Aku nak cakap pasal merokok sebenarnya. Tu je. Haha Perkara ni ramai yang terlepas pandang kan Aku tak tujukan entri aku kepada kaum lelaki sahaja sebab ada jugak perempuan yang smoking. Tapi mostly yang berkait pasal benda ni adalah kaum lelaki. Sehari sebelum raya aidiladha haritu aku ke pasar dengan mak. Nak raya kan. Suddenly tengah tangah beli ayam ada la beberapa orang pakcik ni nak beli ayam jugak. Aku respect lelaki yang menjejak kan kaki diorang ke pasar. SERIOUS! 



Yang aku sakit hati tu tangan belah kiri pegang ayam, dan tangan kanan of course rokok ! Korang dapat bayangkan tak orang yang sesak , rapat rapat lagi tuhh then tetiba pakcik tu hembuskan asap. Konon ala-ala artis disitu.Kalau ada mak yang dukung anak diorang terbau, apa terjadi? Memang effectnya tak nampak sekarang tapi masa akan datang?? 
“Segala sesuatu yang berbahaya untuk diri sendiri atau membahayakan orang lain hukumnya dilarang.” (shahihul jamie’ : 17393)

Kawan aku pernah tanya ustaz, "apa hukumnya merokok? " "Hukum merokok tu adalah haram dan bersamaan seperti memakan babi. Selain itu ia juga memudaratkan." Bukan aku reka tapi ustaz aku cakap. 

“Barangsiapa yang memakan racun sehingga mati, maka di akhirat kelak nanti ia akan terus memakannya dalam neraka jahanam selama-lamanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Merokok ni jugak merupakan perbuatan membunuh diri tetapi secara perlahan. Nampak tak??  Manusia zaman sekarang sanggup menghabiskan duit janji dia dapat apa yang dikehendaki.

 “Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat nanti sebelum ia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana dihabiskan serta tentang ilmu untuk apa dia gunakan.” (hadith sahih diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)


Kita hidup dekat dunia ni tak lama. Dunia ni hanyalah sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan akhirat. “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” 

so jangan mensia siakan hidup dengan benda yang takkan mendapat ganjaran pahala diakhirat nanti.


Ada sebab kenapa wujudnya iklan ni dekat tv. Itu adalah sebahagian daripada keluhan orang sekeliling. 

Hodoh kan kalau perempuan smoking. Same goes to lelaki. Tak lari Handsome tu kalau tak merokok. :)
Dengan aku boleh la korang menentang dengan ALLAH nanti??? :)

Segment | Santai Blogger!

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak join segment senior aku (click here).





Tuliskan kenapa korang pilih url korang mcm 2? 


Ceritanya macam ni. Blog ni da lama da sebenarnya. Since dari sekola dulu tapi macam tak berapa nak famous  sangat la sebab abg ben takde lagi and aku tak tau bila dia nak promote blog aku. Haha ok merepek da. Dekat sekola dulu biasalah suka guna nama tipu. Padahal nama lain. Izzyalya tu macam sedap je bunyiknye so letakla dekat blog camtu. Lagipun taknak kawan-kawan sekola dulu tau yang aku ada blog tu yang guna nama tipu. :) 


And aku nak tag
cik tasya
sha

p/s: abaikan penggunaan kata "aku" di atas. hehe





shopping online perlu berhati hati

Assalamualaikum and petang readers.

Petang ni kita akan membincangkan pasal shopping online. Bukan sebab aku nak buat shopping online tapi cara cara nak shopping online supaya tak tertipu. Ramai yang di antara kita mostly lebih suka shopping online disebabkan barang yang diorang nak tu lagi senang nak dapat daripada pergi jauh jauh last last tak beli. * aku leewwwtueww.

Berinteraksi.

Katakanla kita da berkenan dekat kasut nike tu. Ada ke kasut nike jual online?? ada kott.  Kita kena berinteraksi dulu dengan owner dia. Mostly kebanyakkan owner online shopping ni ada facebook yang mana korang tanya je harga, diorang akan terus reply plus kita kena manja manja sedikit dengan owner dia. *bodek.

novel pun aku beli online tau. hehe semuanya gara gara malas nak keluar.

Follower.

Follower ni penting. Siyes aku cakap penting. Kalau sesebuah page tu ramai followers mesti cerita dia best kan? Same goes to page online shopping. Kalau ramai yang follow blog tu mesti barang yang dia jual berkualiti. Barang yang kita beli ni kita tak tengok depan mata so nak tau barang tu bagus atau tak tengok ramai tak followers blog tu.

Perbandingan.

Yang ni paling penting. Wahai readers readers korang jangan tengok lawa je korang terus beli. Mentang mentang duit banyak jalan je. Macam mana korang round satu KLCC tu sebab nak dapat barang yang lebih murah *KLCC murah ke?? macam tu jugak la korang kena blogwalking semua blog online shopping. Tak semua la. Pandai pandai la agak harga kan. Kadang kadang benda yang dijual sama tapi harga lain. Manusia selalu nak yang murah tapi berkualiti. Betul tak?

Pendaftaran.

Yang ni sangat sangat penting. Kalau korang nak tau blog tu sah ke tak sah blog tu ade number pendaftaran so kalau pape yang terjadi pun takde masalah. Saman je terus. haha




FT atau teruskan diploma

Assalamualaikum and nite readers.

Maybe sekarang korang tengah dok usha usha cerita Fasha nak sandar tu kan. I know. heee

Entri kali ni aku nak bercakap pasal FT. FT bukan la nama blogger Fatin Tempang atau fitness badan untuk badan 7 pack yang macam afiq nak tu. haha Tapi FT ni merujuk kepada fast track untuk budak semester 3 diploma untuk diserapkan ke degree terus.

Still tak paham? Ok situasi korang sama macam aku pada mulanya. Maksudnya kitorang takpayah habiskan diploma pun still boleh terus pergi degree. Easy rite? So korang boleh lahh bersaing dengan kawan korang yang dahulunya pernah masuk matrixxx dan sekarang tengah pening pening lalat dengan asignment diorang.

Tapi bagi aku fast track ni ade keburukannya. Bak kata kawan aku yang yang dikendong tak dpt yang dikejar berciciran. * sila betulkan peribahasa aku. Means kalau korang terkandas dekat degree for sure akan susah. Sebab korang takde sijil diploma lagi. Lagipun fast track ni hanya jimat satu sem sahaja.

Contohnya budak yang da habes dip nanti diorang akan terus masuk degree part 3 kalau sambung under faculty yang sama. Dalam pada masa yang sama budak fast track diorang akan berada di degree part 4 so kita akan lambat satu sem je dengan diorang. Yes ada bezanya. Da tentu diorang habes dulu la.

P/s: pada budak budak yang nak buat fast track teruskan perjuangan korang. istikharah banyak banyak kalau still ragu ragu.

Jom join segmen Cik Tikah

Assalamualaikum readers.

Entri tengah hari ni adalah pasal segmen.




Cara-caranya:
  • Buat 1 entry bertajuk "Jom join segmen Cik Tikah"
  • Letak banner segmen didalam entry tersebut yang dilinkkan ke blog Cik Tikah
  • Teka umur Cik Tikah berapa?
  • Tag sekurang-kurangnya seorang kawan blog(lagi ramai lagi bagus)
  • Linkkan entry tersebut dengan meletakkannya di bahagian komen entry ini.
  • SIAP!


Ok aku nak teka umur Cik Tikah ni. Aku rase umur dia 21 la. Aku rasa la. 


dan aku nak tag rin


SIAP!

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Sebenarnya sha da lama tag aku untuk GA ni. Tapi hari ni baru aku terasa nak join. Lama betul aku amek keputusan kan. Teruk teruk..




Antara hadiahnye ialah:



1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon

Cara nak join pulak:

1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Dekat sini aku  nak tag:


Tarikh tutup contest: 21 Oktober – 10 November 2011


bapak mentua awak :)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share sesuatu dengan korang. Yes  , of cos pasal bapak mentua. Da terang terangan tajuk dia kan dan aku takkan dan tak pernah guna bahasa bunge bunge dalam blog ni sebab aku bukan budak sastera.



SURAT DARI BAKAL BAPAK MERTUA ...




Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.Sekian,


source:facebook.

nilai hati perempuan bukan pada pakainnya

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bercakap pasal perempuan. Bercakap pasal perempuan ni dah terang lagi bersuluh pasal aurat. Ye tak?? Isu yang terlampau common dalam kalangan blogger blogger untuk dijadikan entri entri yang super duper hot. Hiperbola betul ayat aku. Haha

Kadang kadang ada orang kata , ' aku tak pakai tudung, solat lagi tapi takda lah perangai macam Eton pinky tu. Ke hulu ke hilir dengan jantan'.  

Ada pulak yang kata " Tak sampai seru lagi la nak bertudung. Mane boleh paksa paksa. Bertudung ni mesti ikhlas. Mana boleh buat main main ".

Tak semestinya perempuan yang tak bertudung tak pandai memasak. Dan tak semestinya diorang tak bertudung diorang jahat. Kadang kadang kita tak boleh nak salahkan perempuan tu. Tak banyak pun sikit pun jadilah, sepatutnya family kena memainkan peranan serba sedikit.

Tak semestinya bapak la. Adik , abang kan ke boleh tegur jugak. Kott da berkahwin tu tangunggjawab suami menegur isteri tu amat penting. Nak ke korang tengok ayah korang terjerumus ke neraka?? Nak ke?? 

Dan lelaki lelaki dekat luar sana tu sepatutnya menasihati orang yang macam tu. Ni tak pantang share dekat fb mula la kutuk mengutuk. Tu belum yang mencarut carut lagi tu. Da dua dosa yang korang buat. Aku tak cakap semua tapi ada segelintir. Tak payah nak nafikan benda memang realiti.

Lecture aku pernah cakap, laki kalau nak carik bini selalunya yang menutup aurat. bagi diorang perempuan macam ni lah yang akan menjaga maruah diorang nanti. Durian memang sedap kan? Tapi kalau diletak tengah tengah jalan ada tak agak-agak orang nak ambil? Macam tu jugak la perempuan.

And last but not least , aku tinggalkan korang dengan video. 




The mysterious makcik

Assalamualaikum




Makcik tu sebenarnya kawan mak Milah & Mijah. Makcik tu datang sebab mak diorang antara salah satu dealer angry bird so makcik tu nak hantar stok la kononya. Ini pun sebab mak diorang asyik tengok Milah & Mijah asyik main game angry bird sampaikan tshirt yang dibeli pun angry bird. 

Akibat terlampau pelik dengan situasi anaknya maka tanpa pengetahuan mereka mak Milah & Mijah pun mencari lah dealer angry bird. Antara sebab munasababnya mak mereka terdengar perbualan Mijah & Milah.

Mijah: Ni kalau baju ni kita beli bundle then jual mesti laku ni. Jual online ke??
Milah: Pandai jugak kan kau ni , Mijah.
Mijah: Lagipun kan ke nak raye ni. Duit masyukk je ni.
Milah:Hmmmmmm...

Dengan itu tercetus la idea mak Milah & Mijah untuk mengumpul duit bagi mencapai hasratnya untuk mengantikan mesin basuh di rumah mereka kepada mesin basuh muatan yang lebih besar. 






Contest Gambar Cool


Assalamualaikum.

Disebabkan haritu aku lupa nak tuntut hadiah contest, sekali lagi aku nak join contest. *skema tak ayat aku.

Contest ni telah dianjurkan oleh amny.



Jom tengok syarat-syarat penyertaan. Lebih kurang sama je macam contest-contest lain.

1. semua penyertaan blogger malaysia sahaja diterima  .. ( mudah )

2. Buat 1ENTRY SIMPLE BERTAJUK "Contest Gambar Cool" dan LINK BACK ke entry contest ni.. 

3. Letak gambar banner di atas DALAM ENTRY ..

4. jangan terlampau edit , kalau yang asli kemungkinan ada peluang  :)

5. nak masukkan gambar melebihi 1 pon boleh tapi maximum 3..

6. gambar tiada unsur menjolok mata dan merbahahahahaya... ! :)

7. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat ruang komen di bawah :)


8. tarikh tutup , 25.11.2011 ( lamakan ?)  15.11.2011 <-- diawalkan sebab faktor -faktor tertentu. . .


Hadiah dia wow! buat aku jadi mata duitan kejap. hehe Tapi tu pemenang pertama je kan. Tapi takpela. Cuba nasib sapa tau boleh menang ke. huhu Puas aku fikir perah perah otak jap nak letak gambar ape. Last last main tan tan tut aku tibai jela gambar bawah ni.



Aku tatau la apa yang " cool " gambar ni ada. Hantam saja la labu. heee And and yang penting gambar ni ORIGINAL punya siap ada gambar aku lagi.

jenis jenis facebookers



Assalamualaikum

Dekat dunia maya ni da macam-macam  orang dah  aku jumpa. Tipu lah kalau ada yang  kata "saya tak main facebook" Kalau tak macam mana nak promote blog korang yang super duper mavalous tuuuu. Haha Pembohongan telah terbongkar disitu. 



Tau tak kenapa kadang-kadang orang rasa nak remove seseorang?

Sekarang ni kan dah seboookkk facebook ada webcam bagai. Apa lagi ambil kesempatan la kan. Kott kott nya yang baru berkenalan tu kononnya nak la tengok muka dulu sebelum mintak kapel. Yela sekarang kapel alam maya pun boleh. Yang tu lantak piii la. Dosa hang tanggung sendiri. Kadang-kadang aku rasa benda ni macam annoying sangat sampaikan kawan aku update status dia " gay la webcam laki laki". Tak ke terdesak namanya tu. Hadoyyy. Dengan laki pun kau nak berwebcam jugak?? Manusia manusia. 


Yang ni terjadi kat aku sendiri. Mungkin ada blogger perempuan yang sentap tapi kenyataan ni beb. Si Mark zeburgeee update facebook jadi lagi canggih dimana bila kita upload gambar akan keluar la sebesar besar gajah muka orang tu sampaikan jerawat sekecik kecik alam tu pun boleh nampak. Sekali ada sorang budak ni duk tayang body dia yang cun melecun tu. Halamak macam kau sorang je boleh tayang dekat facebook tu. Kau tau tak dosa tu. Kenapa lah perempuan ni mudah sangat terpedaya. Jangan percaya sangat la kalau laki kata kau cantik. Diorang nak cuci mata je tu. *apsal aku emo seket bab ni. huhu



And last but not least. Orang yang hantar suruh like dekat chat box tu. "awak tolong like". Aku tak kesah kalau like kan tapi lepas tu cakap TERIMA KASIH boleh tak?? Kalau kita tak like selagi tu la diorang akan chat kita suruh like kan. 

Annoying orang macam ni.=,=








budak tu bukan patung


Tak berperikemanusiaan betul. tak faham aku. 

kenapa ada orang tak minat jadi cikgu.

Assalamualaikum peeps. 
Harap korang happy happy je blogwalking. Jangan gaduh gaduh mahupun dengki dengki. Heee

Aku da janji kan semalam nak cerita pasal kenapa aku tak berminat nak jadi cikgu. Bagi yang nak spm tu boleh la jadikan rangka karangan aku ni sebagai panduan kott kott keluar pulak dalam paper bm spm nanti. Haha 

Cikgu aku dulu ajar sistem IMBAKUT kalau nak score A+ dalam paper bm spm. So hari ni aku nak mempraktikkan apa yang cikgu bm aku pernah ajar dulu. hihi 


Isi :  
Mengajar orang bukan jiwa aku.

Mengapa: 
Sebab aku lebih suka benda yang praktikal. Aku tak reti nak mengajar mengajar orang ni. Nak                       nak kalau murid tu memang yang jenis lembab. Sabar separuh daripada iman la jawabnya.

Bagaimana : ----------

Alibi 
Contohnya budak tu memang tak paham paham plus dia memang tak lancar sifir. Memang kena tengking and rotan la kan dengan aku

Kesan 
Murid tu akan report dekat mak bapak dia

Ungkapan:
bagai mencari bala sendiri

Tindakan :
Aku takkan jadi cikgu


Isi:
Tak rela nak kena bahan dengan budak budak

Mengapa: 
Sebab budak-budak sekarang kaki membongak. Suka tipu cikgu.

Bagaimana/ Alibi:Tekan sini

Kesan:
Aku akan stress . Hati akan membengkek sebab kalah dengan budak

Ungkapan :-----------

Tindakan
Aku tak nak jadi cikgu

Kesimpulannya aku memang tak minat nak jadi cikgu.  Mak aku banyak kali suruh jadi cikgu sementara time cuti sem. Aku lebih rela kerja dekat pasar dari kena menghadap budak yang pelbagai kerenah.

P/s: sandra azwan follow blog aku! terharu ! Aku suka jadi silent reader blog dia sebab aku rase blog dia wow walaupun aku tak de la minat fashion sangat. hehe Thanxxxssss sangat sangat sandra azwan




cikgu sekolah memang garang

Assalamualaikum and and happy blogwalking peeps.

Post yang ni aku nak cerita tentang cikgu. Yes ! A teacher.

Time teachers day taknak pulak ko cerita kan wahai Izzati rosli. and yes mesti ada yang tertanya tanya kenapa aku tukar name blog aku. Sebabnya aku rase orang senang nak carikk. Facebook and twitter aku pun guna yang sama. So secara tak langsung just type je Izzati Rosli dekat google tu dan keluar la pelbagai nama Izzati Rosli. yang boleh membuatkan orang tertanya tanya "Izzati Rosli yang mana satu ni?"  Fuhhhhhh sempuuuuttttt.

Ok lari tajuk da ni. Kalau speaking test ni 3/5 je dapat. Tu tak masuk grammar lagi. Actually *eceeehhhh aku jemput mak aku dari sekolah tadi. Yeeeeee mak aku memang cikgu . Kata pun jemput dari sekolah takkan murid pulak. heeee


Sekolah aku time kanak kanak dulu. Rindu . Main kejar kejar la. Main tiang la. Superbbb sangat masa muda muda dulu. ngeeee

Ada la dalam setengah jam macam tu aku lepak dekat situ. Huru hara gak la aku dengar sekolah tu. Padahal sekolah petang je kott. Ala berapa kerat sangat la murid pun kan. Yang lebihnya aku dengar suara cikgu. Sumpah takut kott. aku macam terngiang ngiang je time jadi murid dulu. Tangan aku ni kalau tak kena rotan memang tak sah la. Sebab nya tak siap kerja seni padahal seni tu tak masuk pun dalam Upsr.

Kat perut ni rasa senak je. haha Senak sebab bila subject agama je tak tulis tarikh dekat papan hitam tu (sebenarnya papan hijau. aku tatau kenapa orang dulu dulu buta warna ) semua yang ada dekat dalam kelas tu kena cubitt dekat perutt.. sakit woooooo.  nak-nak lepas rehat. Dah la baru lepas makan. Makanan tu pun tak hadam habes lagi.

Tapi kan aku memang salute la cikgu sekolah rendah. Cuba korang teliti balik. Berapa ramai budak sekolah rendah buat hal. Jarang kan. Sekolah menengah??? Takyah cakap la. Sebabnya cikgu sekolah menengah tak garang. Sebenarnya garang garang pun tak perlu. Yang penting TEGAS.

The next post yang akan datang aku akan cerita kenapa aku tak berminat nak jadi cikgu. wiink wink.




be positive



Assalamualaikum and night readers.

Malam ni aku nak cakap pasal “be positive”. Be positive?? Ikut pengetahuan korang ape maksud be positive ek?? Kalau ikut aku , kalau sesuatu berlaku dekat kita, kita kena bajet cool  je kan?? Kan3??
Contohnye la kan , pakwe or makwe korg kene rampas. Contoh ok! Then korang relax je. Tak marah , tak balas balik apa yang dia buat tu. Pernah tak korang buat cmtu?? “be positive” jugak tu kan. Pikir takda jodoh je sudah. Kalau ada, ada la kan.

Kalau dalam kalangan blogger blogger pulak camna ek?? Contoh (contoh lagi) ,kalau korang pernah kena hentam pun, korang relax je. Takda nak maki maki hamun balik.  Itu seorang blogger yang bersifat “be positive” sebab dia rase kalau dia main reply reply maki hamun lagi la mengugat kefamousan dia sebagai seorang blogger.

“Be positive” yang paling aku suka ialah bila parents suruh kahwen .“be positive” jugak tuhhh. Accept je. Peluang tu. Bukan senang nak dengar parents bagi restu kan. Haha. (giler gatal)

Piring Astro menghadap kiblat

Assalamualaikum and evening readers.



Oke ! Aku tau da. Mesti korang tengah membayangkan macam mana pinggan astro korang tu kat rumah kan?? Menghadap mane?? Tak pun korang sanggup keluar rumah semata-mata nak tengok betul ke pinggan astro ni hadap kiblat.


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar.

Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan.

Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.. Fakta2 yg di nyatakan di atas ada di artikel2 kami di bawah ini mengenai 'tarikan graviti bumi berpusat di Kaabah!' ~Apiz~

Lagi satu aku nak bagi tips. Ni tips abah sebenarnya. Bagi pakcik-pakcik atau abang-abang dekat luar sana yang da memboyot boleh la ke mekah untuk melakukan tawaf. Konfem kurus. Buktinya abah aku kurus lepas dia balik haji. Tapi tak berapa lama kemudian....( pandai-pandai la teka )

sumber:facebook

download harvest moon

Assalamualaikum and evening readers.

Lama gile kan aku tak update blog. Ni aku tengah cuti sem ni , baik aku gunakan peluang yang ada kan kan kan??

Okey banyak cakap pulak aku ni. Aku sekarang ni tengah gile maen game harvest moon . Sebelum wujudnya apa namanya tu, farmville kan.? yang dekat facebook tu. harvest moon ni la faveret game aku time aku kecik-kecik dulu. (sekarang pun kecik jugak lagi. huhu). 

Harvest moon ni mula-mula terkenal dekat ps. (bukan photoshop tapi playstation) Yang aku nak bagi download ni yang korang boleh melekat 24 jam dekat pc sampai makan pun korang boleh lupa nanti. Tapi aku tak, makan mana boleh lupa kan. Hehe





Ladang dekat harvest moon ni lagi best tau nak dibandingkan dengan farmville tu.


Harvest moon ni pun ade festival-festival tertentu tau. Siap boleh join lagi. Farmville ade?? haha




Nah nah aku bagi link. 




Pasword: dytoshare 

Bila da habes download , jangan lupa installkan pulak.

1. Letakkan part1 dengan part2 pada 1 folder.

2. Extract part1 and part 2 menggunakan winrar. 

3. Lepas tu akan wujudnya satu folder.

4. Klik folder tu and cari "start"


Paham tak?? Kalau tak faham tanya ok. Game ni lagi best main dengan Cheat engine. Hehe

Port Dickson

Asaalamualikum and evening.

Sebelum nak buka ni , aku rajin-rajin kan tangan jela. hehe. Cakap pasal Port Dickson mesti ada yang cakap "pd?? Aku pernah pergi dulu tempat tu." Okey! Aku bukan ergi sini untuk bercuti ke hape ke. Tapi aku balik rumah nak puasa sama-sama dengan family kononnya.

Dan kononya aku balik ni nak berehat la. Tak nak pikir apa-apa pasal u pun. Setitik pun taknak. Tapi malang tak berapa nak berbau dokek pd ni hujan lebat gile sabtu lepas dan menyebabkan paip pecah. Paip mana aku tatau la kan.

Tak memasal je pagi-pagi aku kena bangun ambil air. Kalau dokek-dokek takpe jang. Hini... Aduishhh. Nak-naknya hari ni first puasa. Dugaan betul la.





Tengok budak tu. Sampai terduduk-duduk kau. Letih punya pasal. Dengan helmet nye lagi. Semangat yu..



Siap bawak towel tau nak mandi. Kahkahkah.

Adik aku keletihan. Tapi sebenarnya tak angkat pun.





Sangat-sangat bekerjasama ok. 1 malaysia tau. India, cina, melayu semua ada.  Tapi tuan empunya perigi tu cina. Baik gila dia. Siap tolong and bagi free lagi!



See ! ramai gila. Da macam pesta air da.Semua ke hulur ke hilir bawa baldi. Kelakar pun ada jugak.

nota bawah:Takpe-takpe besok aku nak balik segamat da. Tak sabar ! 

dinanti


Assalamualaikum and evening dear readers.

Mesti semua tak sabar-sabar nak tunggu besok kan. Puasanya tak seberapa pun kan. Haha Time nak buka tu je lebih-lebih. sebab dapat melantak macam-macam makanan. Makanan yang pelik pelik mesti korang jumpa nanti. Nafsu makan membuak-buak namanya tuhhhh.

Di kesempatan ini juga , saya , ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak yang bakal tiba tidak sampai beberapa jam pun lagi.




Ada orang kata. “Hari ni kene makan puas-puas ni. Besok dah tak boleh makan.” Patut ke cakap macam tu??
 Tak patut. Orang yang tak menghayati ramadhan je akan  cakap macam tu. Sepatutnya kita happy sebab bukan tiap-tiap hari kita puasa kan?? Yang aku paling confius bila ada orang tua-tua kena tangkap sebab tak puasa. Hadoyaaiii. Budak 5 tahun pun puasa full. Alasan paling familiar. Gastrik! teruk teruk.

“Takpa hari ni boleh lagi. Besok je dah tak boleh mengumpat. Ustaz cakap selalunya orang akan mengumpat benda yang betul.” Kadang-kadang dengan mak kita pun kita jadi kan mengumpat. Biar jelah orang tu nak macam mana un. Nak pakai ape pun. Kalau kita tegur dia takpa. Ini mengumpat je tak tentu arah. 

So dalam bulan yang mulia ni marilah kita memperbanyakkan amal ibadat kita. Pesanan ni pun utk diri aku jugak. ngeeee

test oh test

Assalamualaikum and evening.

Hye hye. Sekarang aku dah pun berada dekat kolej and baru balik dari class. (tu pun nak bagitau kan??)
Sangat-sangat letih ok bila lepas balik class aku terus menyental baju-baju aku yang sudah tersedia untuk dibasuh dalam baldi tu.

Aku sebenarnya nak bagitau. Mungin lepas ni aku jarang update. Cakap macam selama ni aku selalu update kan?? haha Sebabnya 3 hari berturut-turut aku ade test. Hoho sangat best! terima kasih la kepada pihak yang menyusun jadual test ye. Pecah kepala otak aku nak menghafal.

And korang doakan aku tau. Hehe.



Last but not least , aku nak tunjukkan korang satu benda.

AND the thing is...


YES ! chocolate! Siapa bagi?? Of course la someone special. and that person is my best friend forever. World , Hereafter. atau dalam bahasanya kawan dunia akhirat.

Friends are the most important ingredient in this recipe of life.

Tak sabar nak tunggu 27 Julai.