My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

nilai hati perempuan bukan pada pakainnya

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bercakap pasal perempuan. Bercakap pasal perempuan ni dah terang lagi bersuluh pasal aurat. Ye tak?? Isu yang terlampau common dalam kalangan blogger blogger untuk dijadikan entri entri yang super duper hot. Hiperbola betul ayat aku. Haha

Kadang kadang ada orang kata , ' aku tak pakai tudung, solat lagi tapi takda lah perangai macam Eton pinky tu. Ke hulu ke hilir dengan jantan'.  

Ada pulak yang kata " Tak sampai seru lagi la nak bertudung. Mane boleh paksa paksa. Bertudung ni mesti ikhlas. Mana boleh buat main main ".

Tak semestinya perempuan yang tak bertudung tak pandai memasak. Dan tak semestinya diorang tak bertudung diorang jahat. Kadang kadang kita tak boleh nak salahkan perempuan tu. Tak banyak pun sikit pun jadilah, sepatutnya family kena memainkan peranan serba sedikit.

Tak semestinya bapak la. Adik , abang kan ke boleh tegur jugak. Kott da berkahwin tu tangunggjawab suami menegur isteri tu amat penting. Nak ke korang tengok ayah korang terjerumus ke neraka?? Nak ke?? 

Dan lelaki lelaki dekat luar sana tu sepatutnya menasihati orang yang macam tu. Ni tak pantang share dekat fb mula la kutuk mengutuk. Tu belum yang mencarut carut lagi tu. Da dua dosa yang korang buat. Aku tak cakap semua tapi ada segelintir. Tak payah nak nafikan benda memang realiti.

Lecture aku pernah cakap, laki kalau nak carik bini selalunya yang menutup aurat. bagi diorang perempuan macam ni lah yang akan menjaga maruah diorang nanti. Durian memang sedap kan? Tapi kalau diletak tengah tengah jalan ada tak agak-agak orang nak ambil? Macam tu jugak la perempuan.

And last but not least , aku tinggalkan korang dengan video. 




4 comments:

dian:) said...

Teori durian tu agak lucu, tapi bermakna sangat! Heee setuju dengan enri awak ni (:

Izz said...

itu teori mak saya. haha

Chikova_Araishii said...

teori durian, cm best
nice entry:)

Izz said...

thnxs Chikova_Araishii