My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

koc khas untuk wanita

Salam

sumber:myMetro


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini. Gerabak yang bertemakan ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa’ boleh dikenal pasti menerusi pelekat merah jambu pada tingkap dan pintu komuter.
Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

“Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter terdiri daripada wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. — Bernama

Aku rase dengan cara ney perempuan akan lebih selamat kott.Haha.Yela skang an ramai yang menggunakan komuter. Pelbagai orang pon ade kat KL tuh. Lagipun takpaya la cik/Puan berasak-rasak and berebut-rebut nak nek komuter tu.

aku dan cita-citaku II

Salam.
Hari ney baru aku da mase nak sambung balik cerita  aku dan cita-citaku I.

Naik form 4. Da takde da cikgu nak tanye-tanye lagi nama ape duduk mane cita-cita ape. Cikgu pon da nek muak nak tanya soalan tuh. Buang mase dy je. Suatu hari, cikgu praktikal masuk class aku. Class aku an fames. Fames dengan masalah pelaja.

Aku pusingkan badan kebelakang mencari ketua. Tengok-tengok dy da lesap ikot pintu belakang. Ceyh kurang aja. Aku la kene ney.

Aku:Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.
Pelajar:(mengikut ape yang aku buat.)

Budak laki mula ar nampak cikgu pmpuan cantik sket ulat bulu dyorg da naek. Itulah budak laki class aku.

Cikgu:Kita nak watpe eyh ary ney??

Aitt cikgu plak tanya pelajar nak watpe.Maen nyorok-nyorok boley tak cikgu?? heee

cikgu:Takpela kita berkenalan la senang.(ney cikgu baru kuar maktab. Konfem punya sbb dy tak pandai nk handle pelajar lagi)

Pelajar:ala cikgu takpaya la. Buang masa je.
cikgu:ok! yang duduk ujung tu, name??

Aku da mula mengeluh da. Tibe turn aku nampaknye.

cikgu:awak??
Syafiqah:Syafiqah'Izzati. Lahir kat Pahang. Cita-cita Pensyarah.(Senanye aku teringin nak ckp interior designer tapi dsbbkan an aku tkot kn gelak korbankan jela cita-cita aku tu)


Asyik berubah je an cita-cita aku??
Bile tym nak isi borang upu aku pon isi la interior designer as first choice aku. Ttbe abah aku cakap camni.
"Ko minat an pereka dalaman ney.Susah nak carik keje nanti". aku tengok Eric Leong tu kaye je. Senang je dapat keje. Tak lame patu aku pikir balik ape abah aku cakap. Mungkin ade betulnye.
Sekarang bile orang tanye aku nak keje ape nanti, aku juz jawab "aku tak kesah keje pape asalkan halal and gaji ribu raban".Ok tak??

Itula serba serbi pasal cita-cita aku. Korang camne plak??