My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

koc khas untuk wanita

Salam

sumber:myMetro


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini. Gerabak yang bertemakan ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa’ boleh dikenal pasti menerusi pelekat merah jambu pada tingkap dan pintu komuter.
Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

“Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter terdiri daripada wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. — Bernama

Aku rase dengan cara ney perempuan akan lebih selamat kott.Haha.Yela skang an ramai yang menggunakan komuter. Pelbagai orang pon ade kat KL tuh. Lagipun takpaya la cik/Puan berasak-rasak and berebut-rebut nak nek komuter tu.

No comments: