My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Jom Join Bloglist Ieyza Afieyna

Assalamualaikum to my dear followers.


First of all nampak kan title kat atas. Ieyza Afieyna ialah kawan kos aku tym dekat uitm arau. Sampai sekarang kitorang still contact. Alhamdulillah.

 Blog ieyza ni ada macam-macam tau. Tuto ada. Macam-macam cerita ada. aku baca je semua entri dia cuma malas nak rajinkan diri nak mengepos comment. hehe  Lagipun blog ieyza ni comel-comel gitu tapi kan ieyza kadang-kadang blog ieyza lambat loading. Maybe berat sangat kott. Hehe tu je nak comment. ada gaya nak jadi pengkritik imam muda tak?? (ada kene mengena ke??)

Then fo sesiapa yang nak join tu click link kat bawah okiesss....

http://ieyzaafieyna92.blogspot.com/2011/05/jom-join-bloglist-ieyza-afieyna.html


dislike button FB

Assalamualaikum

Hari ni aku nak inform korang pasal dislike button Fb. excited tak fb da ade dislike button. Aku pun excited jugak. Dan entri ni adalah entri yang paling pendek aku pernah post.

Tanpa membuang masa aku pun click http://lnktrn.ch/dislike/. Dekat sini korang akan tahu macam mana nak install dislike button tu.

Sapa da try inform aku ok =)

hai... la budak..



Assalamualaikum

Entri kali ni agak beremosi sedikit sebab apa…yang menjadi mangsanya aku. Gambar dekat atas ada kena mengena iaitu hidup seorang budak tapi cerita ni takda kena mengena dengan budak kat atas.(apa banyak sangat perkataan budak ni)

Insiden ini (skema tak ayat aku) da berlaku beberapa hari. Hari ni baru aku tergerak nak cerita dekat korang. Ada tak yang baca ni?? Angkat tangan dan garu ketiak anda. Haha gurau-gurau. Macam biasa mak aku balik dari sekolah aku akan sambut . Kira aku ni kononnya nak jadi anak mithali la. Mak balik dari sekolah?? Sila tolong jangan loading ye. Aku tau mesti ada yang mamai-mamai baca entri aku ni. Dok bangun dari tido terus online. Ye dak?? Kalau da balik dari sekolah cikgu la namanya tu.


Ehhh melalut pulak ko ye. Hehe Back . Mak aku bukak je pintu kereta terus serbu aku. “Banyak nya ko salah tanda paper budak?”. Apakah?? Aku pun redha jela kene mara. Maybe sebab tym tengah tanda kertas tu otak aku ada dekat KL mungkin. KL?? Macam takde kena mengena je. Haha
Malam tu pulak mak aku hulur kertas budak tu. Haiiii aku pun belek-belek kertas tu. Budak ni memang nak kene. Da tentera kat situ aku pangkah . Da tentu-tentu ko tak buat  la kan and tym bincang soalan ko tulis. Memang nak kena penampar jepun budak ni dengan aku.


Aku tengok nama. Sedap nama ko…. ala-ala strawberry. Tengok tahun pulak. What the…. Baru darjah 2 kott da pandai membongak ye. Kalau darjah 5 ke 6 ke aku boleh terima la. Ini baru darjah 2.  Darjah 2. Aku memang panas la kan. Disebabkan dia tak pasal-pasal aku kena marah. Apa nak jadi dengan budak sekarang ni. Salah sapa budak-budak boleh jadi macam tu. Adakah mak bapak yang kurang memberi perhatian. Ataupun guru-guru yang tidak memberi pendedahan tentang agama. Ataupun da memang semulajadi?? Haha. Tak pernah pulak aku dengar budak dilahirkan untuk menipu.

So sesiapa yang ada adik kecik tu tengok-tengok la diorang. Dari menipu lama-lama mencuri pulak. Lagi la susah. Mintak-mintak dijauhkan.  Macam-macam.





KiszyDolls Giveaways :)

Assalamualaikum.

Da lama aku tak menjoin-join giveaways ni kan?? Tah-tah tak pernah pun. Maklum la veteran. Mana nak ingat semua bende. Hehe.

Tengah-tengah blogwalking tadi tiba-tiba terjumpa balik blog yang aku idam-idamkan dia punya apa ek nak panggil.. teddy?? not suitable. ala-ala dolls lebey kurang la. Then aku pun dengan pantas join giveaway tu.


details KISZYDOLLS GIVEAWAYS :
1........tarikh start penyertaan : 8 Mac 2011
2........tarikh tutup penyertaan : 20 May 2011
3.........pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah :)






Siyesly comell sangat-sangat. Kalau la aku dapat boleh la aku bawak balik u and peluk- peluk benda tu. haha. Fuhh fuhhh harap dapat.ngeeee

Holiday ke bali,Indonesia.

Assalamualaikum.

Hai. Hai. Sorry da lama tak update. Bercuti dengan family . Tu pun last minute decision oleh abah. Katanya da lama tak bercuti and luangkan masa dengan family. Tempat yang kitorang tuju hohoho tersangatla best woookkkk  Bali…Sape taknak pergi Bali kan. Bukan senang abah nak ajak pergi jalan-jalan. Nak-naknya sekarang ni aku tengah cuti sem.

Kitorang just naik boat je. Nak naik flight pun family aku lapan orang kott. Tak sanggup nak menempah tiketnya. Nak-nak nya grandpa and grandma tercinta ikut sekali kan. Lagila. Haha Cantik gile bila menyeberang laut. Biru je airnya. Sumpah cantik. Aku kan suka nature.

Bila sampai sana je,  kitorg satu family start merayau. Apa lagi shopping tym la!! Aku dengan mak kan kaki shopping. Ngehehehe

Then aku tercari-cari abah mana la daddy tercinta ni pergi. Rupa-rupanya dia carik surau. Seorang bapa yang baik ok! Da zohor mungkin, kata aku dalam hati.  Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi ikut jela dan meninggalkan mak aku sorang-sorang. Hooommmaiiigodd..sempitnya surau. Laki dengan perempuan solat bercampur. Apakah?? Aku da macam blur da. Sah ke solat diorang.

Then tak lama lepas aku solat. mak aku serta nenek aku tercongok kat belakang. Aitt diorang da solat dulu ke?? Lajunya.. Sementara tunggu abah habis solat kitorang pun borak-borak. Yang aku peliknya, orang yang dekat dalam surau tu pandang je kitorang. Mungkin sebab cakap BAHASA MALAYSIA kott. Tu yang diorang pelik.

Tah macam mana aku dengar adik aku kata “ kak bangun mak suruh pergi jemput angah balik tuisyen”. Ehhh bukan aku ada dekat bali ke. Takkan la adik aku tuisyen kat sini pulak. Aku bukak mata. Ya allah. Aku terlantar lagi dekat katil aku kat Malaysia rupanya. Inila akibat kalau suka tido lepas subuh. Ohh Bali.


Happy Teacher’s Day


Assalamualaikum


 

Ohhh teringat aku tym zaman kanak-kanak dulu. Bila tadika cikgu mesti main sama-sama dengan anak murid. Mostly cikgu yang belum ada anak sebab dia teringin gila nak ada anak. Kan??? Hehe. Aku ingat lagi tym aku tadika main family-family dengan kawan-kawan. Ada yang jadi bapak. Ada yang jadi Mak. Aku?? Emmmm macam tak hengat je jadi ape. Haha. Ehhhh ccikgu aku pun join tau.. Jangan tak tau tu..


 

Ok bab ni memang paling kelaka. Tym ni aku nak masuk pra-sekolah . Parents aku busy so tak boleh nak daftarkan aku masuk pra-sekolah. Nak tak nak atuk aku yang relakan diri hantar aku. Luv u grandpa. Ngeee. Tah macam mana atuk aku boleh hantar aku masuk darjah satu padahal umur aku baru 6 tahun. Aku pun naik pelik da sebab orang lain semua pakai uniform sekolah. Alek-alek aku baju t-shirt ngan track je?? What the….. Cikgu yang dalam class tu pun temuramah la my lovely grandpa ni. Rupa-rupanya class aku kat bawah. Cikgu ni sanggup tinggalkan anak murid die sekejap untuk hantar aku ke class pra sekolah tu. Seee!! Baiknya hati seorang guru.


 

Korang perasan tak bila sekolah rendah la cikgu beriya-iya?? First sekali aku memang selute cikgu sekolah rendah sebab sekolah aku dulu mostly yang mengajar tahun 6 . Budak-budak UPSR. Cikgu-cikgu sanggup korban cuti diorang bersama family tercinta dengan mengajar class tambahan. Perasan tak?? Tak bermakna aku tak selute cikgu sekolah menengah. Cuma kureng sket la. Cikgu sanggup berpenat lelah semata-mata nak ajar kita sains untuk class malam karang. Padahal diorang boleh je layan suami, anak diorang kat rumah daripada menghadap muka anak murid dia seharian. Tapi disebabkan nak anak murid dia ni pandai, diorang korbankan masa diorang. Itulah guru.


 

Rotan?? Sape tak pernah kena rotan cakap ngan aku?? Budak sekarang je manja. Kena rotan sikit da report surat khabar. Aku dulu tak siap seni pun kena rotan tau. Padahal subject tu bukan masuk UPSR pun. Cubet apatah lagi..Sakit ohhhh Kadang-kadang ada bagusnya buat macam tu. Baru la murid-murid berdisiplin.


 

Lecturer pun cikgu jugak kan?? Aku nak sangat ucap terima kasih kat lecturer Eco aku sebab denda aku baca doa qunut. Semenjak dari tu laju je aku datang class.


 

The main point aku nak cakap kat sini walau ape pun cikgu korang pernah cakap , cikgu korang rotan ke hape ke..redha je ok. Ada sebab dia buat macam tu. Tanpa cikgu siapala korang.


Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku Jasamu akan ku kenang.