My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Holiday ke bali,Indonesia.

Assalamualaikum.

Hai. Hai. Sorry da lama tak update. Bercuti dengan family . Tu pun last minute decision oleh abah. Katanya da lama tak bercuti and luangkan masa dengan family. Tempat yang kitorang tuju hohoho tersangatla best woookkkk  Bali…Sape taknak pergi Bali kan. Bukan senang abah nak ajak pergi jalan-jalan. Nak-naknya sekarang ni aku tengah cuti sem.

Kitorang just naik boat je. Nak naik flight pun family aku lapan orang kott. Tak sanggup nak menempah tiketnya. Nak-nak nya grandpa and grandma tercinta ikut sekali kan. Lagila. Haha Cantik gile bila menyeberang laut. Biru je airnya. Sumpah cantik. Aku kan suka nature.

Bila sampai sana je,  kitorg satu family start merayau. Apa lagi shopping tym la!! Aku dengan mak kan kaki shopping. Ngehehehe

Then aku tercari-cari abah mana la daddy tercinta ni pergi. Rupa-rupanya dia carik surau. Seorang bapa yang baik ok! Da zohor mungkin, kata aku dalam hati.  Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi ikut jela dan meninggalkan mak aku sorang-sorang. Hooommmaiiigodd..sempitnya surau. Laki dengan perempuan solat bercampur. Apakah?? Aku da macam blur da. Sah ke solat diorang.

Then tak lama lepas aku solat. mak aku serta nenek aku tercongok kat belakang. Aitt diorang da solat dulu ke?? Lajunya.. Sementara tunggu abah habis solat kitorang pun borak-borak. Yang aku peliknya, orang yang dekat dalam surau tu pandang je kitorang. Mungkin sebab cakap BAHASA MALAYSIA kott. Tu yang diorang pelik.

Tah macam mana aku dengar adik aku kata “ kak bangun mak suruh pergi jemput angah balik tuisyen”. Ehhh bukan aku ada dekat bali ke. Takkan la adik aku tuisyen kat sini pulak. Aku bukak mata. Ya allah. Aku terlantar lagi dekat katil aku kat Malaysia rupanya. Inila akibat kalau suka tido lepas subuh. Ohh Bali.


5 comments:

Nica said...

wa bestnye.............nak g jugak :(

AISHA INANI said...

cis aku igt citer betol.
br nak order ole2. muahahahhaa.


apesal aku tak penah mimpi bercuti nih? grrr~!

AISHA INANI said...

cis aku igt citer betol.
br nak order ole2. muahahahhaa.


apesal aku tak penah mimpi bercuti nih? grrr~!

AISHA INANI said...

cis aku igt citer betol.
br nak order ole2. muahahahhaa.


apesal aku tak penah mimpi bercuti nih? grrr~!

hamzah ian said...

hahaha