My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Happy Teacher’s Day


Assalamualaikum


 

Ohhh teringat aku tym zaman kanak-kanak dulu. Bila tadika cikgu mesti main sama-sama dengan anak murid. Mostly cikgu yang belum ada anak sebab dia teringin gila nak ada anak. Kan??? Hehe. Aku ingat lagi tym aku tadika main family-family dengan kawan-kawan. Ada yang jadi bapak. Ada yang jadi Mak. Aku?? Emmmm macam tak hengat je jadi ape. Haha. Ehhhh ccikgu aku pun join tau.. Jangan tak tau tu..


 

Ok bab ni memang paling kelaka. Tym ni aku nak masuk pra-sekolah . Parents aku busy so tak boleh nak daftarkan aku masuk pra-sekolah. Nak tak nak atuk aku yang relakan diri hantar aku. Luv u grandpa. Ngeee. Tah macam mana atuk aku boleh hantar aku masuk darjah satu padahal umur aku baru 6 tahun. Aku pun naik pelik da sebab orang lain semua pakai uniform sekolah. Alek-alek aku baju t-shirt ngan track je?? What the….. Cikgu yang dalam class tu pun temuramah la my lovely grandpa ni. Rupa-rupanya class aku kat bawah. Cikgu ni sanggup tinggalkan anak murid die sekejap untuk hantar aku ke class pra sekolah tu. Seee!! Baiknya hati seorang guru.


 

Korang perasan tak bila sekolah rendah la cikgu beriya-iya?? First sekali aku memang selute cikgu sekolah rendah sebab sekolah aku dulu mostly yang mengajar tahun 6 . Budak-budak UPSR. Cikgu-cikgu sanggup korban cuti diorang bersama family tercinta dengan mengajar class tambahan. Perasan tak?? Tak bermakna aku tak selute cikgu sekolah menengah. Cuma kureng sket la. Cikgu sanggup berpenat lelah semata-mata nak ajar kita sains untuk class malam karang. Padahal diorang boleh je layan suami, anak diorang kat rumah daripada menghadap muka anak murid dia seharian. Tapi disebabkan nak anak murid dia ni pandai, diorang korbankan masa diorang. Itulah guru.


 

Rotan?? Sape tak pernah kena rotan cakap ngan aku?? Budak sekarang je manja. Kena rotan sikit da report surat khabar. Aku dulu tak siap seni pun kena rotan tau. Padahal subject tu bukan masuk UPSR pun. Cubet apatah lagi..Sakit ohhhh Kadang-kadang ada bagusnya buat macam tu. Baru la murid-murid berdisiplin.


 

Lecturer pun cikgu jugak kan?? Aku nak sangat ucap terima kasih kat lecturer Eco aku sebab denda aku baca doa qunut. Semenjak dari tu laju je aku datang class.


 

The main point aku nak cakap kat sini walau ape pun cikgu korang pernah cakap , cikgu korang rotan ke hape ke..redha je ok. Ada sebab dia buat macam tu. Tanpa cikgu siapala korang.


Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku Jasamu akan ku kenang.

2 comments:

pena said...

teringat cikgu BI darjah enam yang buat kelas tambahan sebelum 7 pagi..

besar pengorbanan cikgu..

sugar2 kapas strawberry said...

masa skolah tadika best.boleh mkn scott emulsion perisa oren..heeeeee