My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

entri express

Assalamualaikum.




Sesungguhnya aku malas nak balik kolej!! huhu

Dulu aku budak papan


Assalamualaikum.

Dulu ko “budak papan”?? Haalaa kenapa nya?? Ishhh macam tak caya je. Hello !! Ko ingat papan ape?? Keding eyh?? Aku dulu budak aliran sains teknikal sebab tu panggil “budak papan”. Ke hulur ke hilir asyik bawak papan je. 

Tapi sekarang kenapa kau amek kos laen?? Sains teknikal dengan banking kan terpesong jauh nama nya tu. Ceritanya dulu lepas spm memang aku nak amek enginnering  tapi disebabkan satu paper spm aku tak mengena sasaran , aku terpaksa ubah haluan aku. Sob sob sob. Memang sedih. Mau taknya orang lain still boleh teruskan enginnering diorang  tapi aku tersasar jauh. Kebankingan namanya. Haha Aku sanggup keluar kelas bio yang memang telah ditetapkan untuk aku semata-mata aku nak masuk class tu.

Semua tanya kenapa aku keluar class bio. Apatah lagi cikgu. Then sempat cikgu tu cakap kat aku “ saya takut awak tak boleh belaja je kat situ”. Fo sure la kan. Class aku da tentu ramai budak lelaki. Mulut tak yah cakap la. Rasa macam duduk dalam zoo pun ade jugak kadang-kadang. Demi ilmu ku tabahkan jua.

Lepas spm aku dapat tawaran sambung study dekat Uitm.  Alhamdulillah. Search punya search aku dapat kos banking. What?? Addmath aku da la lg 2 huruf je nak fail. Akaun ape tah lagi. Aku da mula pelik. Berapa hari aku fikir. Apa disebalik suma nie. Berhari-hari aku bermuhasabah diri. Bila fikir-fikir balik sesuatu yang berlaku mesti ada sebab. Mana tau kalau aku amek kos enginnering aku tak dapat grad ke. Susah nak carik kerja ke. Ada halangan ke. Everything happens for a reason rite??

 Aku pun accept jela kebankingan tu and Alhamdulillah aku rase nombor tu best!  Haha Lagipun sekarang kan rating tertinggi dunia business. Kalau nak tau makcik yang dekat pasar malam tu pun menjalankan business. Bila orang tanya “owh banking pun pandai jugak edit-edit gamba nie ye”. Untuk melepaskan gian aku jadikan photography tu hobi aku. Adobe photoshop tu pakwe aku. Dan nombor tu masa depan aku. Ngeeee

Kesimpulan yang aku nak cakap kat sini TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA AKAN DAPAT DAN SEMUA YANG KITA TAK SUKA TU LAMA KELAMAAN AKAN SEBATI DENGAN KITA. Think positive. Jangan disebabkan sesuatu perkara yang kita tak suka , masa depan kita terumbang ambing.(betul ke aku eja ni. Huhu)

Korang macam mana pulak?? Ada similar macam kes aku tak?? Hehe

SAYA BLOGGER SI DARA

Assalamualaikum.

SAYA BLOGGER SI DARA. Segmen ni bukan arahan David Teo ok?? Haha. Ceritanya macam ni. Aku pon on la fb setelah ketawa berdekah-dekah tengok zizan dengan johan tadi. Ttbe akak ainna jalil buat segmen ni. Ttbe trase gedik plak nak join. haha

Ada syarat jugak tau nak join ni.

1. BUAT TAJUK ENTRY " SAYA BLOGGER SI DARA "
  ohhh sudahhhh!!

2. CERITAKAN LIMA(5) KEISTIMEWAAN BLOG ANDA
    -blog berwarna purple@ terang.
    -ada tutorial blog.
    -ada tutorial photoshop juga!! hehe
    -motivate pun ada jugak kott.
    -bercerita ikut rasa.

3. LISTKAN LIMA(5) KELEBIHAN JOIN BLOGGER TERCINTA (BTO)
   -dapat kenal dengan ramai blogger
   -dapat blogwalking blog to blog.
   -dapat fameskan blog. Haha
   -dapat bertukar pendapat.
   -share maklumat

4. LINK PAGE BTO SEMESTINYA ADA DALAM ENTRY <3
   BTO GANGS .Marilah ramai-ramai kan lagi group nie. Hidup BTO!!

Best ke kuku panjang??

Assalamualaikum.

Sebelum aku memulakan point aku yang sebenarnya aku nak tanya. Ade sesiapa kuku dia panjang sekarang?? Aku nasihatkan buat-buatla potong ye..

Best ke kuku panjang?? Ada orang kata best sebab kalau ada orang nak rampas boy kita, kita boleh main cakar- cakar dengan si perampas tu. Ala-ala macam budak sekolah menengah aku dulu la. Haha diorang kata. Aku type je.



Tahu tak korang yang dalam islam dilarang membela kuku panjang. Ia diibaratkan seperti membela sekandang babi. Tahu tak apa hukumnya?? Tepuk dada tanya la yang pakar. Tapi ada orang siap kilat-kilat kuku dia bagi lawa tu beb. Err may I ask u a question?? Da takda keje nak dibuat ke??. Aku tak kata perempuan sahaja. Laki pon ada kan yang buat camni. Harap blogger-blogger yang baca entri aku ni tak la macam tu kan. Tak kan?? Alhamdulillah.

Mengikut research aku, (ecehhhh tak boleh bla ayat kan??) orang yang bela kuku panjang ni sesungguhnya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil sebab si emak ni menyuapkan anaknya dengan tangan. Kalau dah suap guna tangan da tentu-tentu kuman yang berada dekat kuku si emak berjangkit ke dalam badan si anak. Tidak gitu??

Kuku panjang juga mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Ohhhh yang ni aku tak sure betul ke tidak. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.


Dalam islam juga bukankah kita digalakkan beristinjak. Kalau kuku panjang camna tu. Haha . pikir-pikirkan la sendiri ye.



Dasyat-dasyat. Takut aku tengok.

Tanpa Kita Sedari


Assalamualaikum.

Sedar tak kita yang kadang-kadang kita asyik dengan alam maya atau kata lainnya alam fantasi sehinggakan mengabaikan orang sekeliling.

Sedar tak kita kadang-kadang mak memerlukan pertolongan kita untuk ke kedai hanya untuk membeli sayur. Untuk siapa?? Adakah untuk orang lain??

Sedar tak kita makan dan minum kita terabai akibat dek terlampau excited dengan dunia maya. “pukul 3 nnati kita jumpa kat habbo eyh”.

Solat?? Kadang-kadang main skip-skip. Microeconomics pon study pasal hablumminanas. Hubungan kita dengan Allah. Kerana alam maya kita berlengah-lengah. “kejap lagi la aku semayang.” Sampai pukul 7 malam “alamak tadi tak asar lagi la”.  

Kita lagi mementingkan kawan maya kita dari roommate  yang dok terlantar demam dekat atas katil.Tanpa kita sedari kita telah menyakitkan hatinya. “suruh kawan kau hantar kau pergi penawar la. Aku banyak assignment”.

Semuanya kerana facebook, ym, skype, twitter dan blog.

Tak salah ingin menambah kan lagi kenalan. Tapi jangan dilupa alam realiti.

Fikir-fikirkan la dan selamat beramal.