My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

#Wordless Friday 1

Assalamualaikum and friday readers.

Selalunya korang akan dengar wordless wednesday and thursday je kan. Tapi hari ni aku nak merasmikan Wordless Friday dekat blog aku ni. Korang ade?? Kalau ada, kebetulan mungkin. Hehe Wordless Friday ini dalam bahasa mudahnya tazkirah jumaat la senang cerita. Apa guna ada blog tapi taknak share benda baik. kan?

Sempena Wordless Friday aku yang pertama ni aku nak share dengan korang satu benda. Sekarang ni orang sibuk nak mencari kesalahan orang lain. Contohnya pasal aurat perempuan. Bukan maksud aku nak backup perempuan yang tak menutup aurat tu tapi korang sedar tak yang korang selalu cakap pasal dosa orang tapi diri sendiri tak berubah. *aku la tu. Tapi bagus jugak macam tu. Sekurang-kurangnya diorang akan tegur cara pemakaian orang sekeliling.

Aku takkan cakap pasal 11.11.11. Jangan terlampau taksub dengan tarikh tu ye readers semua. Aku nak cakap pasal merokok sebenarnya. Tu je. Haha Perkara ni ramai yang terlepas pandang kan Aku tak tujukan entri aku kepada kaum lelaki sahaja sebab ada jugak perempuan yang smoking. Tapi mostly yang berkait pasal benda ni adalah kaum lelaki. Sehari sebelum raya aidiladha haritu aku ke pasar dengan mak. Nak raya kan. Suddenly tengah tangah beli ayam ada la beberapa orang pakcik ni nak beli ayam jugak. Aku respect lelaki yang menjejak kan kaki diorang ke pasar. SERIOUS! 



Yang aku sakit hati tu tangan belah kiri pegang ayam, dan tangan kanan of course rokok ! Korang dapat bayangkan tak orang yang sesak , rapat rapat lagi tuhh then tetiba pakcik tu hembuskan asap. Konon ala-ala artis disitu.Kalau ada mak yang dukung anak diorang terbau, apa terjadi? Memang effectnya tak nampak sekarang tapi masa akan datang?? 
“Segala sesuatu yang berbahaya untuk diri sendiri atau membahayakan orang lain hukumnya dilarang.” (shahihul jamie’ : 17393)

Kawan aku pernah tanya ustaz, "apa hukumnya merokok? " "Hukum merokok tu adalah haram dan bersamaan seperti memakan babi. Selain itu ia juga memudaratkan." Bukan aku reka tapi ustaz aku cakap. 

“Barangsiapa yang memakan racun sehingga mati, maka di akhirat kelak nanti ia akan terus memakannya dalam neraka jahanam selama-lamanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Merokok ni jugak merupakan perbuatan membunuh diri tetapi secara perlahan. Nampak tak??  Manusia zaman sekarang sanggup menghabiskan duit janji dia dapat apa yang dikehendaki.

 “Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat nanti sebelum ia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana dihabiskan serta tentang ilmu untuk apa dia gunakan.” (hadith sahih diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)


Kita hidup dekat dunia ni tak lama. Dunia ni hanyalah sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan akhirat. “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” 

so jangan mensia siakan hidup dengan benda yang takkan mendapat ganjaran pahala diakhirat nanti.


Ada sebab kenapa wujudnya iklan ni dekat tv. Itu adalah sebahagian daripada keluhan orang sekeliling. 

Hodoh kan kalau perempuan smoking. Same goes to lelaki. Tak lari Handsome tu kalau tak merokok. :)
Dengan aku boleh la korang menentang dengan ALLAH nanti??? :)

2 comments:

zOeY zAu YaH said...

good2...

ieyza afieyna said...

ini bukn wordless dah.. terlebih2 word dah.. hee... ^^