My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum.

Dan sekali lagi aku nak cakap kat sini yang  aku join segmen Blog Pilihan Malaysia. Apa mimpi tah aku nak join segmen tu. Mesti ada yang dok cakap sendiri. "Blog ni?? Boleh ke??" Cuba nasibkan. Mana tau rezeki ada dekat mana-mana je. Tinggal carik je.Mana tau boleh kenal dengan ramai lagi blogger-blogger yang aku tak kenal ke. Kan kan kan?? Boleh cuci mata tengok blog-blog yang hensemhensem dan cantik-cantik. Aku cakap BLOG ok! Bukan BLOGGER. Haha

Kategori yang aku pilih ialah Blog Personal Wanita Pilihan.


Yes! Yes and Yes! Aku tak pernah cerita macam mana blog aku wujudkan?? Blog storyteller ni telah diwujudkan ketika aku di tingkatan 5 rasanya. Aku buat blog ni saja suka-suka. Masa tu kan tengah hot blog-blog ni tapi takla seramai blogger sekarang. Huhu Mula-mula tu aku just update pasal sekolah. Yela budak sekolah lagikan?? Apa yang terjadi dekat sekolah. Join lawatan sekolah.Tapi lama-lama aku lebih menjurus ke arah entri tentang apa yang berlaku dalam kehidupan aku. Selain tu dengan adanya blog ni dapat jugak aku upload gambar-gambar yang da lama terperap dekat dalam folder aku ni. Bagi aku photography tu best! Sangat-sangat best.

 Blog aku biasa-biasa je atau dalam bahasa mudahnya simple. Aku prefer template blog warna putih sebab aku rasa sangat kemas dan sedap mata memandang.STORYTELLER tu pulak aku guna sebab aku nak jadikan blog aku ni sebagai pencerita.Kira macam blog aku ni bercerita dekat readers-readers. Kononya la. Haha Tulis panjang-panjang pun nanti korang baca skip-skip so aku berhenti setakat ni je. Hehe Dan dan sokongan korang amat-amat aku perlukan. ^^ Bye.

2 comments:

solomolo said...

singgah sebentar...
selamat hari ahad !!!~

p/s : good luck...

osHin said...

dari blog BPM :)