My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Kenapa dengan jodoh??


Assalamualaikum readers.

Yuhuuu ada tak ni??  Hehe. Dalam entri kali ni aku nak share dengan korang yang lebih kepada kehidupan kita.(macam semacam kan ayat aku? Ce betul kan.) Jodoh,jodoh, jodoh. Apa itu jodoh?? Menurut kamus dewan , jodoh ialah pertemuan antara si gadis dan teruna yang menghasilkan perkahwinan. Mungkin ada yang sudah berputus asa kerana telah dikecewakan beberapa kali.           ( skema habis ayat aku. Huhu)




“Biarlah jodoh datang dari langit.”
“Tak yah nak carik sangat la jodoh tu. Nanti datang sendiri.”

Ayat-ayat dekat atas ni selalunya diungkapkan bila seseorang tu da frust tahap max.


1.Jodoh tidak perlu dicari


2.Perempuan hanya menunggu


3.Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan


4.Alang-alang sudah terlanjur,diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik

5.Pasangan yang banyak perbezaan,tidak kekal dalam perhubungan

6.Perlu bercinta sebelum kahwin

7.Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa

8.Janji manis pasangan harus dipercayai.Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, "I tidak ada harta,tetapi I ada cinta"

9.Contoh yang lain: " I tidak akan usik U sebelum kita nikah"

Itu semua adalah salah. Yang sepatutnya ialah…




1.Allah S.W.T menyuruh manusia berusaha

2.Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W jadi perempuan maknanya boleh je meminang lelaki.

3.Perempuan berhak memilih

4.Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya

5.Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi

6.Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

7.Selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber'SMS' sehingga melalaikan

8.Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyedian keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan belanjawan.

9.Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan.




credit:Solusi

5 comments:

eyes143.. said...

betul2 !
skunk neh da tade istilah timba cari perigi dah. stiap org kne berusaha utk mendapatkan sesuatu !

malu berusaha, diri sendiri yg akn rugi.

renung2kan dan slmt beramal ~

Izz said...

yeayhhh betul tu...

fierapirot said...

yup betul tu...=)

Izz said...

=). itulah islam sebenar.

Wan Nabihah said...

betul tu...setuju jugak dengan semua tu... :)