Assalamualaikum.
Hari ni aku nak ambil masa korang 5 minit je. Aku tau entri ni macam panjang sedikit. Tapi kalau baca pun tak rugi la. Lepas tu korang boleh teruskan blogwalking blog to blog balik ok. Hehe Entri ni mugkin akan menyentapkan segolongan pihak tapi dunia ni tak lame kan.
1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
Contohnya solat . Ramai je kat luar sana yang tahu bagaimana melakukan solat tapi berapa ramai je yang betul-betul melakukannya??
Solat sepatutnya wajib bagi umat islam. Masa muda ni la kita patutnya berusaha melakukan sebanyak mungkin ibadah bukannya dah tua sampai tak boleh nak bangun baru nak menyesal.Time tu la baru nak pesan kat anak “Jangan jadi macam mak/ ayah ni”
Tiada alasan untuk tak melakukannya. Mak bapak tak pernah ajar solat?? Sekolah bukan ada subject agama ke?? Hati tak terbukak lagi. Sampai bila nak tunggu hati terbukak kalau kita sendiri yang tak berusaha mencarinya kan?? Carik lah bekalan ke akhirat sebanyak yang mungkin seolah-olah kita akan mati esok.
Solat sepatutnya wajib bagi umat islam. Masa muda ni la kita patutnya berusaha melakukan sebanyak mungkin ibadah bukannya dah tua sampai tak boleh nak bangun baru nak menyesal.Time tu la baru nak pesan kat anak “Jangan jadi macam mak/ ayah ni”
Tiada alasan untuk tak melakukannya. Mak bapak tak pernah ajar solat?? Sekolah bukan ada subject agama ke?? Hati tak terbukak lagi. Sampai bila nak tunggu hati terbukak kalau kita sendiri yang tak berusaha mencarinya kan?? Carik lah bekalan ke akhirat sebanyak yang mungkin seolah-olah kita akan mati esok.
Alhamdulillah la kalau ada readers aku yang cukup solat 5 waktu. Tapi jangan suka melengah-lengah kan solat di akhir waktu. Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.Kalau sahur tak pe ye.
Contoh yang lainnya tutup aurat. Ramai je yang tahu tudung tu wajib dipakai tapi berapa ramai yang betul-betul pakai?? Itu persoalannya. Kenapa?? Kalau bertudung tak boleh tayang rambut rebonding??tak boleh tayang rambut curl. Ustaz aku cakap boleh je bergaya asalkan menutup aurat. Bolehkan??Jangan cakap tak bersedia sebab kita daripada kecik da diberitahu pakai tudung tu wajibkan. Bukannya pergi kelas agama je pakai tudung tapi kelas lain free hair.
Sesungguhnya Allah mengharamkan / melarang sesuatu perkara tu bersebab. So marilah kita bersama-sama renung-renungkan dan selamat beramal.
P/s:remove la gambar profile yang memang terang-terangan nampak “aset berharga” korang tu. geli. haha
sumber asal: iluvislam.com
4 comments:
uhh..ayat ni simple2 je..
tp makna tersirat tuu..mmg bgus!
syufa suke! :)
**suka header awak! :D
thnxs syufaa.=)
betul ! ada kawan tu , masa kelas agama pakai tudung . kelas lain , habis terbang tudung ..
nice! same2 kite ingat mengingatkan..
Post a Comment