My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

hukum memberitahu bukan mahram aurat kita

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak jadi ustazah sat. Hehe Aku bukanla kata aku baik sangat tapi sama-sama lah kita menjauhi kemungkaran.kan3??

Entri ni khas ditujukan kepada orang yang bernama perempuan iaitu yang sama spesies dengan aku. Kalau yang nak hampir hampir ke perempuan tu pun boley baca jugak. Menambah ilmu itu perkara yang baik.
Mesti korang pelik an?? Kenapa tak tulis entri- entri ala-ala keislaman ni hari jumaat je. Apa korang ingat hari lain tak payah buat baik?? Huhu

Straight to the point.

Timah: Weyh Mus, kau nak calon istri camne eyh??

Mus: Aku?? Kalau boley aku nak yang jujur, tutup aurat , comey. Eyh aku da lama nak tanya kau. Rambut kau panjang mana eyh?? *perbualan out of topic*

Timah: Asal kau nak tau?? Em adela paras bahu.

Mus: Saja tanya. Mana tau kau calon istri aku ke nanti. Haha


Walaupun Mus tak pernah tengok rambut timah. Tapi timah memberitahu ciri-ciri rambutnya hukumnya ialah tidak boley memberitahu kepada bukan mahram.


a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]


Nota kaki: Aku pun sebenarnya baru tau. hehe

6 comments:

Amir Syahir said...

xleh bc tulisan gni..skt mata..huu

Qish Darleena said...

waah . baru tahu... hmm. ^^"
makasihh lah sudi kongsi yaa. ;)

Tuan Tanah said...

baru tau jugak...tq sbb sharing =)

Ainna Jalil said...

ya! betul tuh yayunk, pompuan zaman skang nih semua benda nak bagitahu, ngah uzur pun nak bagitahu, no need la kot

izzatiRosli said...

hiro:thnxs bg tau. da tuka da. hehe

izzatiRosli said...

Enna Banana: tu la kak. tatau cek nak ckp da. hehe