My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

#Wordless Friday 1

Assalamualaikum and friday readers.

Selalunya korang akan dengar wordless wednesday and thursday je kan. Tapi hari ni aku nak merasmikan Wordless Friday dekat blog aku ni. Korang ade?? Kalau ada, kebetulan mungkin. Hehe Wordless Friday ini dalam bahasa mudahnya tazkirah jumaat la senang cerita. Apa guna ada blog tapi taknak share benda baik. kan?

Sempena Wordless Friday aku yang pertama ni aku nak share dengan korang satu benda. Sekarang ni orang sibuk nak mencari kesalahan orang lain. Contohnya pasal aurat perempuan. Bukan maksud aku nak backup perempuan yang tak menutup aurat tu tapi korang sedar tak yang korang selalu cakap pasal dosa orang tapi diri sendiri tak berubah. *aku la tu. Tapi bagus jugak macam tu. Sekurang-kurangnya diorang akan tegur cara pemakaian orang sekeliling.

Aku takkan cakap pasal 11.11.11. Jangan terlampau taksub dengan tarikh tu ye readers semua. Aku nak cakap pasal merokok sebenarnya. Tu je. Haha Perkara ni ramai yang terlepas pandang kan Aku tak tujukan entri aku kepada kaum lelaki sahaja sebab ada jugak perempuan yang smoking. Tapi mostly yang berkait pasal benda ni adalah kaum lelaki. Sehari sebelum raya aidiladha haritu aku ke pasar dengan mak. Nak raya kan. Suddenly tengah tangah beli ayam ada la beberapa orang pakcik ni nak beli ayam jugak. Aku respect lelaki yang menjejak kan kaki diorang ke pasar. SERIOUS! 



Yang aku sakit hati tu tangan belah kiri pegang ayam, dan tangan kanan of course rokok ! Korang dapat bayangkan tak orang yang sesak , rapat rapat lagi tuhh then tetiba pakcik tu hembuskan asap. Konon ala-ala artis disitu.Kalau ada mak yang dukung anak diorang terbau, apa terjadi? Memang effectnya tak nampak sekarang tapi masa akan datang?? 
“Segala sesuatu yang berbahaya untuk diri sendiri atau membahayakan orang lain hukumnya dilarang.” (shahihul jamie’ : 17393)

Kawan aku pernah tanya ustaz, "apa hukumnya merokok? " "Hukum merokok tu adalah haram dan bersamaan seperti memakan babi. Selain itu ia juga memudaratkan." Bukan aku reka tapi ustaz aku cakap. 

“Barangsiapa yang memakan racun sehingga mati, maka di akhirat kelak nanti ia akan terus memakannya dalam neraka jahanam selama-lamanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Merokok ni jugak merupakan perbuatan membunuh diri tetapi secara perlahan. Nampak tak??  Manusia zaman sekarang sanggup menghabiskan duit janji dia dapat apa yang dikehendaki.

 “Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat nanti sebelum ia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana dihabiskan serta tentang ilmu untuk apa dia gunakan.” (hadith sahih diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)


Kita hidup dekat dunia ni tak lama. Dunia ni hanyalah sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan akhirat. “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” 

so jangan mensia siakan hidup dengan benda yang takkan mendapat ganjaran pahala diakhirat nanti.


Ada sebab kenapa wujudnya iklan ni dekat tv. Itu adalah sebahagian daripada keluhan orang sekeliling. 

Hodoh kan kalau perempuan smoking. Same goes to lelaki. Tak lari Handsome tu kalau tak merokok. :)
Dengan aku boleh la korang menentang dengan ALLAH nanti??? :)

Segment | Santai Blogger!

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak join segment senior aku (click here).





Tuliskan kenapa korang pilih url korang mcm 2? 


Ceritanya macam ni. Blog ni da lama da sebenarnya. Since dari sekola dulu tapi macam tak berapa nak famous  sangat la sebab abg ben takde lagi and aku tak tau bila dia nak promote blog aku. Haha ok merepek da. Dekat sekola dulu biasalah suka guna nama tipu. Padahal nama lain. Izzyalya tu macam sedap je bunyiknye so letakla dekat blog camtu. Lagipun taknak kawan-kawan sekola dulu tau yang aku ada blog tu yang guna nama tipu. :) 


And aku nak tag
cik tasya
sha

p/s: abaikan penggunaan kata "aku" di atas. hehe





shopping online perlu berhati hati

Assalamualaikum and petang readers.

Petang ni kita akan membincangkan pasal shopping online. Bukan sebab aku nak buat shopping online tapi cara cara nak shopping online supaya tak tertipu. Ramai yang di antara kita mostly lebih suka shopping online disebabkan barang yang diorang nak tu lagi senang nak dapat daripada pergi jauh jauh last last tak beli. * aku leewwwtueww.

Berinteraksi.

Katakanla kita da berkenan dekat kasut nike tu. Ada ke kasut nike jual online?? ada kott.  Kita kena berinteraksi dulu dengan owner dia. Mostly kebanyakkan owner online shopping ni ada facebook yang mana korang tanya je harga, diorang akan terus reply plus kita kena manja manja sedikit dengan owner dia. *bodek.

novel pun aku beli online tau. hehe semuanya gara gara malas nak keluar.

Follower.

Follower ni penting. Siyes aku cakap penting. Kalau sesebuah page tu ramai followers mesti cerita dia best kan? Same goes to page online shopping. Kalau ramai yang follow blog tu mesti barang yang dia jual berkualiti. Barang yang kita beli ni kita tak tengok depan mata so nak tau barang tu bagus atau tak tengok ramai tak followers blog tu.

Perbandingan.

Yang ni paling penting. Wahai readers readers korang jangan tengok lawa je korang terus beli. Mentang mentang duit banyak jalan je. Macam mana korang round satu KLCC tu sebab nak dapat barang yang lebih murah *KLCC murah ke?? macam tu jugak la korang kena blogwalking semua blog online shopping. Tak semua la. Pandai pandai la agak harga kan. Kadang kadang benda yang dijual sama tapi harga lain. Manusia selalu nak yang murah tapi berkualiti. Betul tak?

Pendaftaran.

Yang ni sangat sangat penting. Kalau korang nak tau blog tu sah ke tak sah blog tu ade number pendaftaran so kalau pape yang terjadi pun takde masalah. Saman je terus. haha




FT atau teruskan diploma

Assalamualaikum and nite readers.

Maybe sekarang korang tengah dok usha usha cerita Fasha nak sandar tu kan. I know. heee

Entri kali ni aku nak bercakap pasal FT. FT bukan la nama blogger Fatin Tempang atau fitness badan untuk badan 7 pack yang macam afiq nak tu. haha Tapi FT ni merujuk kepada fast track untuk budak semester 3 diploma untuk diserapkan ke degree terus.

Still tak paham? Ok situasi korang sama macam aku pada mulanya. Maksudnya kitorang takpayah habiskan diploma pun still boleh terus pergi degree. Easy rite? So korang boleh lahh bersaing dengan kawan korang yang dahulunya pernah masuk matrixxx dan sekarang tengah pening pening lalat dengan asignment diorang.

Tapi bagi aku fast track ni ade keburukannya. Bak kata kawan aku yang yang dikendong tak dpt yang dikejar berciciran. * sila betulkan peribahasa aku. Means kalau korang terkandas dekat degree for sure akan susah. Sebab korang takde sijil diploma lagi. Lagipun fast track ni hanya jimat satu sem sahaja.

Contohnya budak yang da habes dip nanti diorang akan terus masuk degree part 3 kalau sambung under faculty yang sama. Dalam pada masa yang sama budak fast track diorang akan berada di degree part 4 so kita akan lambat satu sem je dengan diorang. Yes ada bezanya. Da tentu diorang habes dulu la.

P/s: pada budak budak yang nak buat fast track teruskan perjuangan korang. istikharah banyak banyak kalau still ragu ragu.

Jom join segmen Cik Tikah

Assalamualaikum readers.

Entri tengah hari ni adalah pasal segmen.




Cara-caranya:
  • Buat 1 entry bertajuk "Jom join segmen Cik Tikah"
  • Letak banner segmen didalam entry tersebut yang dilinkkan ke blog Cik Tikah
  • Teka umur Cik Tikah berapa?
  • Tag sekurang-kurangnya seorang kawan blog(lagi ramai lagi bagus)
  • Linkkan entry tersebut dengan meletakkannya di bahagian komen entry ini.
  • SIAP!


Ok aku nak teka umur Cik Tikah ni. Aku rase umur dia 21 la. Aku rasa la. 


dan aku nak tag rin


SIAP!

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Sebenarnya sha da lama tag aku untuk GA ni. Tapi hari ni baru aku terasa nak join. Lama betul aku amek keputusan kan. Teruk teruk..




Antara hadiahnye ialah:



1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon

Cara nak join pulak:

1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Dekat sini aku  nak tag:


Tarikh tutup contest: 21 Oktober – 10 November 2011