My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Contest Gambar Cool


Assalamualaikum.

Disebabkan haritu aku lupa nak tuntut hadiah contest, sekali lagi aku nak join contest. *skema tak ayat aku.

Contest ni telah dianjurkan oleh amny.



Jom tengok syarat-syarat penyertaan. Lebih kurang sama je macam contest-contest lain.

1. semua penyertaan blogger malaysia sahaja diterima  .. ( mudah )

2. Buat 1ENTRY SIMPLE BERTAJUK "Contest Gambar Cool" dan LINK BACK ke entry contest ni.. 

3. Letak gambar banner di atas DALAM ENTRY ..

4. jangan terlampau edit , kalau yang asli kemungkinan ada peluang  :)

5. nak masukkan gambar melebihi 1 pon boleh tapi maximum 3..

6. gambar tiada unsur menjolok mata dan merbahahahahaya... ! :)

7. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat ruang komen di bawah :)


8. tarikh tutup , 25.11.2011 ( lamakan ?)  15.11.2011 <-- diawalkan sebab faktor -faktor tertentu. . .


Hadiah dia wow! buat aku jadi mata duitan kejap. hehe Tapi tu pemenang pertama je kan. Tapi takpela. Cuba nasib sapa tau boleh menang ke. huhu Puas aku fikir perah perah otak jap nak letak gambar ape. Last last main tan tan tut aku tibai jela gambar bawah ni.



Aku tatau la apa yang " cool " gambar ni ada. Hantam saja la labu. heee And and yang penting gambar ni ORIGINAL punya siap ada gambar aku lagi.

jenis jenis facebookers



Assalamualaikum

Dekat dunia maya ni da macam-macam  orang dah  aku jumpa. Tipu lah kalau ada yang  kata "saya tak main facebook" Kalau tak macam mana nak promote blog korang yang super duper mavalous tuuuu. Haha Pembohongan telah terbongkar disitu. 



Tau tak kenapa kadang-kadang orang rasa nak remove seseorang?

Sekarang ni kan dah seboookkk facebook ada webcam bagai. Apa lagi ambil kesempatan la kan. Kott kott nya yang baru berkenalan tu kononnya nak la tengok muka dulu sebelum mintak kapel. Yela sekarang kapel alam maya pun boleh. Yang tu lantak piii la. Dosa hang tanggung sendiri. Kadang-kadang aku rasa benda ni macam annoying sangat sampaikan kawan aku update status dia " gay la webcam laki laki". Tak ke terdesak namanya tu. Hadoyyy. Dengan laki pun kau nak berwebcam jugak?? Manusia manusia. 


Yang ni terjadi kat aku sendiri. Mungkin ada blogger perempuan yang sentap tapi kenyataan ni beb. Si Mark zeburgeee update facebook jadi lagi canggih dimana bila kita upload gambar akan keluar la sebesar besar gajah muka orang tu sampaikan jerawat sekecik kecik alam tu pun boleh nampak. Sekali ada sorang budak ni duk tayang body dia yang cun melecun tu. Halamak macam kau sorang je boleh tayang dekat facebook tu. Kau tau tak dosa tu. Kenapa lah perempuan ni mudah sangat terpedaya. Jangan percaya sangat la kalau laki kata kau cantik. Diorang nak cuci mata je tu. *apsal aku emo seket bab ni. huhu



And last but not least. Orang yang hantar suruh like dekat chat box tu. "awak tolong like". Aku tak kesah kalau like kan tapi lepas tu cakap TERIMA KASIH boleh tak?? Kalau kita tak like selagi tu la diorang akan chat kita suruh like kan. 

Annoying orang macam ni.=,=