My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Entri Terakhir 2010

Assalamualaikum.

Bukak tb berita bola. Buka internet pon bola jugak. Da 3 hari da ni. Aku bukan bolehh tengok bende yang sama 3 hari berturut-turut. Haha Da da tutup pasal bola.

Lagi berapa jam je kita akan meninggalkan 2010. Masing-masing ada cerita masing-masing. Mungkin banyak cerita sedih. Mungkin jugak terlampau gembira. Bergantunglah pada nasib seseorang. Aku?? Seimbang mungkin.

Mercun da berdentum-dentum. Memekak kan lagi telinga aku yang sedia pekak ni. Huhu

Bermula malam ni....

ramai la yang akan terlantar di hospital besok akibat merempit.Yang ni kalau kat KL. Fuhhhlamak aiii. Memang teror ar. Pertunjukan malam tahun baru tu. Traffic light merah pon hentam je. Janji enjoy.

semakin ramai penduduk dunia.* yang ni kawan aku cakap. Kenapa?? tepuk dada jawab la sendiri. Kalau da berdua-duaan tu takkan tak mengerti. Haha

Bukan kah sambut New Year dengan family lagi bagus?? Kurang-kurang dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjamin.

Boleh je nak enjoy malam tahun baru ni. Tapi kalau enjoy ikut hawa nafsu memang enjoy la. Enjoy nya sekejap je. Sengsaranya yang lebih. Contoh mat rempit. Memang enjoy la bawak moto ke hulu ke hilir dengan awek diorang. Kalau da excident patah kaki hape suma sampai lumpuh tak ke selama-lamanya sengsara. Enjoy nya sekejap je tak??

Pesanan aku Enjoy yang mengikut hawa nafsu akan memudaratkan diri sendiri so berpada-pada la kalau nak enjoy pun.

p/s:Besok mesti ramai yang pos azam baru diorang. Azam aku tiap-tiap tahun still sama. Gembira kan orang yang aku sayang.

Bye Bye Arau

Assalamualaikum

Tak lama lagi rutin harian aku bermula la balik. Rutin ape?? Belajar, belajar dan makan. Eyh silap. dan Belajar. Haha. Makan itu perlu weyh! Tak makan sehari meroyan aku. Huhu. Pasni aku da tak balik Arau da. Balik Segamat je. Sape Uitm Segamat mai mai promote diri. Haha.

Mesti aku rindu kat Arau nanti. Sob3. Rindu roomates aku. Rindu makanan kat sane. Mau tak nya. Bila aku balik rumah tekak aku da tak boleh telan masakan nogori da. Podas bona! Tak tahan den. Padahal aku dulu faveret sotong masak pedas. Sekarang aku nak makan pun takut. Takut sakit perut. Haha


Aku akan rindu kau Dahlia 1. Aku akan rindu time masing- masing dalam ketakutan bila wujudnya cerita orang minyak. Haha. Tak munasabah langsung. Memang semua Uitm macam tu ek??


Dewan ni ! Tempat first aku pergi time MDS. Sejuk giler. Nak-nak orentasi sampai malam. Memang tak la.


Aku suka pemandangan kat sini. Setiap kali class Bel mesti aku diri kat tepi tengok bende alah ni. Huhu

 
Tempat aku mengenyangakan perut. Rase-rase 3 kali sehari la kott aku dtg situ. Yang tak boleh bla ade ke patut budak-budak ni gosip kan aku dengan abg mop lantai tuhhhh. OMG. 
 

 Siyesly aku takut time ni. Banjir tuhhh. Time tu tengah minggu exam. Aku da la kemaruk nak balik rumah. Silap hari bulan ade yang tak boleh balik. Mau balik nak sampan. Haha. Sampan?? Orang sana panggil samapan. Kalau guna sampan jawabnya tenggelam la. Haha


 

I WILL MISS U ARAU.

Saya bangga....

Assalamualaikum

Hari ni aku nak buat pengumuman Aku Bangga menjadi rakyat Malaysia. Hihikhik.. Ala selama ni pun aku bangga jugak apa.

Tahniah la kepada pemain Malaysia ye. I liikkkoooeeee anak Che Mat. Hidup num 22. *Marah pulak awek dy kang. hehe.  Keeper cekap ohhhhh. Kalau tak aku rase mau goal bola Indon tu.


Yeaaahhhh aku suka dengan tendengan maut Safeee Sally.(orang putih tu sebut tadi kat tb 813.Takley bla. haha)

Nak ikutkan semuanya terbaeeeekkkkk! Syabas Malaysia.

Page ni KAMI-ANTI-MALAYSIA harus DI DELETE!

Cara untuk tukar bahasa di photoshop

Assalamualaikum

Apa yang penting aku nak mintak maaf dulu pasal Link Photoshop yang aku attach aritu. Ramai kata bahasa lain. Aduishhh sorry ye banyak-banyak. Aku pun ambil link orang. Kat bawah ni ada cara-cara nak tukar bahasa. Cuba-cuba la Try Test.Kott -kott nya boleh kan. Tak payah nak download lain da. Kalau still tak boleh search je kat google ke Yahoo ke "CS3/CS5 Photoshop English Version download". Aku tak nak jamin pape link da. Haha.

 

 *Janganla hilang kepercayaan dekat aku da lepas ni. Huhu

Nantikan Tuto ni pulak ye.

Romantik yang tak berape nak romantik sangat

Assalamualaikum.
Kali ni aku nak ajar macam mana nak buat ala-ala romantik effect. Takde photoshop lagi??
tatau nak download dekat mana?? ohhh dalam blog aku nie pon ada jugak. Tengok dekat tutorial ya. ^^




First open image yang korang nak. Aku pertaruhkan gambar pengantin kat atas ni haa..Yang konfem gambar tu bukan aku punya, Haha

1-First step duplicate  background layer korang (Ctrl +J) .


2-Klik channels dan tekan blue channel.Terus tekan (Ctrl+I)dan pergi ke  RGB channel semula.Akhir sekali click semula ke layers.



3.Maka keluar la gambar seperti ini.



4.Tukar blend mode korang ke overlay. LAYER>LAYER STYLE>BLENDING OPTION>OVERLAY

*Kalau terang sangat change opacity dia ye.


RESULTNYA:

 



Promote Blog under 15

Assalamualaikum.

Hari ni aku da janji nak promote blog-blog adik-adik ni. Hehe. Tertunggu-tunggu diorang kan..
Saje je wat segmen ni. Pasni aku nak carik Blog Warna Purple plak ye untuk dipromote. Sape nak??

Kita mulakan Review under 15 dulu ya.

 Nama: 
mya
url Blog:
http://diarionlinebudaksetan.blogspot.com/
Serba sedikit pasal blog anda: 
tentang kawan-2 kot ? heee ntah lah :D

Nama:
Najwa Syafiqah
URL Blog:
www.monsterkecik.blogspot.com
Serba sedikit pasal blog:
Banyak merepek sebenarnya tapi peduli apa kan,blog kite,HAHA.
Err,gurau jea.My blog ttg personal life-friends,family,myself.Lebih kurang gi tu lah ;P


 Nama :
Hafawati Azman
URL Blog : http://thelifeofhafaa.blogspot.com/
Serba sedikit pasal blog anda :
Urm , sebelum tu nak mintak maaf . Blog Hafaa ney banyak kekurangan : )) And , blog ney ada kata-2 makiann . Biasalahh , nak puaskan hati . Blog ney tentang kawan-2 , hal peribadi and tentang     ketidakpuasan hati lahh , hehe . Blog ney buruk je , tu je lah . terimakasih ! : ))

nama saye ; fitri amelia
URL belog ; http://ceritahatii.blogspot.com
serba sedikit pasal blog saye ;
1) serabut
2)membosankan
3)tak menarik pn :)
^_^ 


Nama ; Anis Fariha
url blog ;
http://budakbanyakcakap.blogspot.com/
serba sedikit tentang blog :
Blog Anis biase2 jee , byk yg takde . Pastu blog Anis tak menarik langsung . Biasa sgttt ! kdg2 suka merepek . 


 Nama-Muhd Zahid
Url-http://kehidupanzahidravora.blogspot.com/
serba sdikit tntng blog-
biasa2 je..simple..maybe..XD
suka mncarut bila tngah tencen...=='
^^ 

 *Adik yang ni dia private kan blog dia so aku tak boleh view. Aku letakkan jela link dia. Kang nges plak dia aku tak letak link dia. hehe. gurau je dik.

nama:nizatul syuhada
url belog:http://belogger96.blogspot.com/
Serba sedikit pasal blog anda:
-newbies
-membebal bnyak
-hal2 personal pown ade wo0sshh.. 


aku tak sembahyang pun aku boleh berjaya

Assalamualaikum


Mesti korang rase entri aku nie panjang tapi cuba baca dulu. Kurang-kurang boleh mengubah persepsi korang.


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


Oleh Hilal Asraf


Bagi aku baru aku paham sekarang dengan masalah yang telah lama bersarang dekat kepala aku ni. Rezeki seseorang tu berbeza. Ade cepat ada lambat. Bagi yang terlampau banyak dugaan tu (bukan dugaan bercinta ye) sebenarnya Allah nak menguji lama mana kau boleh bertahan da bersabar dengan dugaannya. Lagi banyak dugaan yang kau tempuhi lagi bertambah sayang Allah pada kau.


Renung-renungkan dan selamat beramal.

Abang borek adik rintik


Assalamualaikum

Bila cuti sekola nak habis macam ni la jadinya.

Gambar 1:
Abang:Alangkah bagus kalau aku dapat SENTUH gitar macam ni.
*tapi itu semua hanyalah angan-angan Usup Santorian.
Adik:Kau suruh je akak edit gne Photoshop.

Gambar 2:
Abang:Dik,kau Nampak tak dik Bola-bola kuning depan kita ni??
Adik: Yela. Ni aku tak puas hati ni! Iyaaaaaahhhhhh

Gambar 3:
Abang:Ok! Akhirnya dapat jugak aku pegang. Macam menang award Anugerah Skrin pun ada jugak.
Adeeiihhhh! Tak sampai nak k**s  award ni.
Adik:Fuhhh!!! Terbang la engkau supaya bola-bola kuning tu ada dekat tangan aku pulak.

Gambar 4:
Adik:Ok! Aku da letih! Letih-letih pun muka kene maintain senyum. 1 2 3 ngeeeeee~

Gambar 5:
Abang:Aku harap sangat Malaysia  menang malam ni.
Adik:Menang tak menang kita kene senyum je.1  2 3 emmmmm

Gambar 6:
Adik :Akhirnya dapat jugak aku pegang bola-bola kuning ni.Time aku plak nak merasa pegang award Idola Kecil. Haha
Abang:Aku  tak sampai nak capai. Tingginya kau. Sob sob sob

Gambar 7:
Adik:KAHKAHKAHKAH! Padan muka kau.

Tak paham kan?? Ok! main dia camni. Yang ni dinamakan segmen suai dan padan. Suaikan Dialog dan Gamba-gamba ye.^^

Gambar 1




Gambar 2                    




















 
Gambar 3

Gambar 4





Gambar 7





P/s:Maaf jika entri bosan serta tiada manfaat tapi nak update jugak. Huhu.