My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Piring Astro menghadap kiblat

Assalamualaikum and evening readers.



Oke ! Aku tau da. Mesti korang tengah membayangkan macam mana pinggan astro korang tu kat rumah kan?? Menghadap mane?? Tak pun korang sanggup keluar rumah semata-mata nak tengok betul ke pinggan astro ni hadap kiblat.


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar.

Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan.

Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.. Fakta2 yg di nyatakan di atas ada di artikel2 kami di bawah ini mengenai 'tarikan graviti bumi berpusat di Kaabah!' ~Apiz~

Lagi satu aku nak bagi tips. Ni tips abah sebenarnya. Bagi pakcik-pakcik atau abang-abang dekat luar sana yang da memboyot boleh la ke mekah untuk melakukan tawaf. Konfem kurus. Buktinya abah aku kurus lepas dia balik haji. Tapi tak berapa lama kemudian....( pandai-pandai la teka )

sumber:facebook

download harvest moon

Assalamualaikum and evening readers.

Lama gile kan aku tak update blog. Ni aku tengah cuti sem ni , baik aku gunakan peluang yang ada kan kan kan??

Okey banyak cakap pulak aku ni. Aku sekarang ni tengah gile maen game harvest moon . Sebelum wujudnya apa namanya tu, farmville kan.? yang dekat facebook tu. harvest moon ni la faveret game aku time aku kecik-kecik dulu. (sekarang pun kecik jugak lagi. huhu). 

Harvest moon ni mula-mula terkenal dekat ps. (bukan photoshop tapi playstation) Yang aku nak bagi download ni yang korang boleh melekat 24 jam dekat pc sampai makan pun korang boleh lupa nanti. Tapi aku tak, makan mana boleh lupa kan. Hehe





Ladang dekat harvest moon ni lagi best tau nak dibandingkan dengan farmville tu.


Harvest moon ni pun ade festival-festival tertentu tau. Siap boleh join lagi. Farmville ade?? haha




Nah nah aku bagi link. 




Pasword: dytoshare 

Bila da habes download , jangan lupa installkan pulak.

1. Letakkan part1 dengan part2 pada 1 folder.

2. Extract part1 and part 2 menggunakan winrar. 

3. Lepas tu akan wujudnya satu folder.

4. Klik folder tu and cari "start"


Paham tak?? Kalau tak faham tanya ok. Game ni lagi best main dengan Cheat engine. Hehe