My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

bapak mentua awak :)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share sesuatu dengan korang. Yes  , of cos pasal bapak mentua. Da terang terangan tajuk dia kan dan aku takkan dan tak pernah guna bahasa bunge bunge dalam blog ni sebab aku bukan budak sastera.



SURAT DARI BAKAL BAPAK MERTUA ...




Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.Sekian,


source:facebook.

nilai hati perempuan bukan pada pakainnya

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bercakap pasal perempuan. Bercakap pasal perempuan ni dah terang lagi bersuluh pasal aurat. Ye tak?? Isu yang terlampau common dalam kalangan blogger blogger untuk dijadikan entri entri yang super duper hot. Hiperbola betul ayat aku. Haha

Kadang kadang ada orang kata , ' aku tak pakai tudung, solat lagi tapi takda lah perangai macam Eton pinky tu. Ke hulu ke hilir dengan jantan'.  

Ada pulak yang kata " Tak sampai seru lagi la nak bertudung. Mane boleh paksa paksa. Bertudung ni mesti ikhlas. Mana boleh buat main main ".

Tak semestinya perempuan yang tak bertudung tak pandai memasak. Dan tak semestinya diorang tak bertudung diorang jahat. Kadang kadang kita tak boleh nak salahkan perempuan tu. Tak banyak pun sikit pun jadilah, sepatutnya family kena memainkan peranan serba sedikit.

Tak semestinya bapak la. Adik , abang kan ke boleh tegur jugak. Kott da berkahwin tu tangunggjawab suami menegur isteri tu amat penting. Nak ke korang tengok ayah korang terjerumus ke neraka?? Nak ke?? 

Dan lelaki lelaki dekat luar sana tu sepatutnya menasihati orang yang macam tu. Ni tak pantang share dekat fb mula la kutuk mengutuk. Tu belum yang mencarut carut lagi tu. Da dua dosa yang korang buat. Aku tak cakap semua tapi ada segelintir. Tak payah nak nafikan benda memang realiti.

Lecture aku pernah cakap, laki kalau nak carik bini selalunya yang menutup aurat. bagi diorang perempuan macam ni lah yang akan menjaga maruah diorang nanti. Durian memang sedap kan? Tapi kalau diletak tengah tengah jalan ada tak agak-agak orang nak ambil? Macam tu jugak la perempuan.

And last but not least , aku tinggalkan korang dengan video. 




The mysterious makcik

Assalamualaikum




Makcik tu sebenarnya kawan mak Milah & Mijah. Makcik tu datang sebab mak diorang antara salah satu dealer angry bird so makcik tu nak hantar stok la kononya. Ini pun sebab mak diorang asyik tengok Milah & Mijah asyik main game angry bird sampaikan tshirt yang dibeli pun angry bird. 

Akibat terlampau pelik dengan situasi anaknya maka tanpa pengetahuan mereka mak Milah & Mijah pun mencari lah dealer angry bird. Antara sebab munasababnya mak mereka terdengar perbualan Mijah & Milah.

Mijah: Ni kalau baju ni kita beli bundle then jual mesti laku ni. Jual online ke??
Milah: Pandai jugak kan kau ni , Mijah.
Mijah: Lagipun kan ke nak raye ni. Duit masyukk je ni.
Milah:Hmmmmmm...

Dengan itu tercetus la idea mak Milah & Mijah untuk mengumpul duit bagi mencapai hasratnya untuk mengantikan mesin basuh di rumah mereka kepada mesin basuh muatan yang lebih besar.