My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Lawak ke??

Salam.
Hari nie aku nak share ngan korang satu cerita. Aku dapat dari fb pg td. Aku copy paste je neyh. Hehe.
Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.


Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan ansi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.


Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka> Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.


Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.


Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, ”Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, ”Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu

banner

Salam.
Hari nie aku nk ajar korang cmne nk wat banner yg ala2 superb punye.Yang hot meletop-letop punye.
Haha.Sebenarnye fieyda yang suruh tolong ajarkan cmne nak wat banner yg slalu ade kat header aku.begini carenya:



Bukak la ape jenis photoshop pon yang korang ade. Tapi aku tak sure la same function ke tak. Sape yg takde tu jgn risau. Tak yah nak kuar an duit banyak-banyak. Boley didownload. Aku punye pon tak ori.
Haha. Okey-okey. Sambung balik. Click File>New






 After korang klik tu maka akan terkeluar la seperti ini. Tak kisahla korang nak buat width n height nya
berapa. Tak kesah! Ikott sesuka hati korang. Yang important kat sini korang letak backgroundtransparent. Kalo tak t tak bape nak jadi.









Then, skali lagi tekan File>Open









Gambar disebelah telah menjadi pilihan hatiku. Haha. Suke hati la korang nak pilih gamba apa.
Bila da bukak carik Quick selection tool(w). Select la gamba yang korang nak.








Ok! Nampak an gamba yang aku da crop?? Nak adjust gamba click move tool.




Kalo crop korang tak berapa sempurna boley la click eraser tool. Nak adjust brush pon boley so takdela terkedek-kedek korang nak padam. Hehe





Kalo nak letak text click huruf T kat tepi tu. Kalo taknak, abaikan. Bila da puas hati sile-sile la rajinkan tangan @jari mengsavekan as web design.