My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

manusia memang macam ni.


Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari je aku dapat berenang kat uma ni. Bukan berenang kat kolam eyh. Kat atas tilam. Korang ni teruk! Hari ni aku nak berkongsi  atau lebih tepat lagi meluahkan kott. Bukan meluahkan perasaan tapi meluahkan rasa ketidak puasan. Mesti korang da bertaka- teki kan?? Ni tak lain tak bukan mesti gaduh. Yela da clash. Haha salah-salah belaka tekaan korang tu.

Sini meyh. Today i want to story about human habits. Ececeh.

1.Manusia suka menyalahkan takdir bila mereka miskin.
  “ Kami ni miskin mana mampu nak beli bende mahal-mahal. Da takdir kami macam nie.”
Exactly  wrong. Hidup kita boley diperbaiki. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Cuba Tanya orang kaya-kaya tu. Ada diorang dapat duit dari langit?? Lainla kalau da memang keturunan kaya tu lain cerita la kan??

2.Tak da manusia yang kat dalam dunia ni bodoh. Semua benda memerlukan kemahiran.
“Yela kami ni bodoh. Ampa suma pandai”
Takda seorang manusia pun yang diciptakan bodoh. Manusia yang membuatkan diri mereka nampak bodoh. Contoh, belajar.  Budak-budak yang class bawah tu bukannya tak pandai tapi mereka pemalas sebenarnya.

3 Suka kentut dekat Mall.
Yang ni memang tatau nak cakap la kan. Perkara ni selalu berlaku time tengah line up nak bayar barang. Perkara ni terjadi dekat roommate aku. Seorang pakcik ni beratur depan dia. Then dia buat-buat la tunduk.  Apa lagi angin hembusan menyucuk jantungmu pun keluar la kan. Da la kuat plak tu. Pakcik tu boley buat muka selambe badak dia je. Lain la kalau dia cakap “Nak boley pakcik kentut tak?” Yang tu maybe boley dimaafkan la agaknya. Tak pun simpan je kentut pakcik tu bawak balik rumah.

4 Suka buang sampah dekat tepi tong sampah.
Ni selalu nya budak la buat. Tatau la kott ada orang tua pulak yang buat kan?? Diorang ni sebenarnya nak test skill. Sampai ke tak sampai sampah tu masuk dalam tong. Kalau masuk takpela. Kalau jatuh dekat luar?? Takda makna la diorang nak kutip balik.

Antara 4 ni mana yang korang penah buat??Terbuat ke..

mengenali photoshop untuk newbie

Assalamualaikum.

Hari ni aku terlebih rajin so aku buatkan tutorials bukan tutorials camna nak masuk anugerah skrin 2011 tau tapi tentang photoshop kepada readers-readers yang da lama nak study photoshop ni tapi tak reti. Sebelum tu aku nak bagi link download la kat korang tapi jangan bagitahu orang lain tau. Yang ni tak ori punya. Nak beli  sampai ke sudah la an. Mahal ooooo...


*Pilih salah satu je. tak yah nak rajin pergi download dua-dua. Saiz filenya bukan kecik-kecik.

Belum cuba belum tau. Jangan set kan kat mind korang yang photoshop ni susah. Bila korang da tau nanti mau gila talak tak tido malam asyik berphotoshop je keje nya kan?? haha. 

Da download da?? Taknak download takpe. Aku tak kesah pun. Haha. First aku nak ajar pasal toolbox. Cuba korang perhatikan telek dalam-dalam. Tau kegunaan satu-satu tools tu. Hehe. Aku dulu pun dummies gak bab-bab ni. Sepatah haram tatau.


Kalau nak tau setiap tools tu apa namanya just letak cursor korang dekat tools tu.
Ø Rectanguler marque , berguna untuk membuat seleksi berbentuk segi empat
Ø Move , Berguna untuk memindahkan seleksi dan layer yang sedang aktif serta membuat garis bantu.
Ø Lasso, berguna untuk membuat seleksi secara bebas.
Ø Magic wand , berguna untuk membuat seleksi berdasarkan warna pada gambar.
Ø Crop, berguna untuk memotong atau membuang area yang tidak kita inginkan pada gambar.
Ø Slice, Berguna untuk membuat slice atau memotong – motong gambar agar terpisah..
Ø Healing brush , Berguna untk menghilangkan atau mengganti bagian tertentu gambar yang tidak diinginkan.
Ø Brush , berguna untuk menggambarkan dalam bentuk cat.
Ø Clone stamp, beerguna unutk melakukan dupilikasi suatu objek atau gambar ke area lainnya.
Ø History Brush, berguna untuk melakukan undo
Ø Eraser , Berguna untuk memadam area atau background yang tidak diinginkan.
Ø Gardient, berguna unutk memberi warna gradiasi pada suatu gambar.
Ø Blur, Berguna untuk mengaburkan suatu objek atau gambar.
Ø Dodge, berguna untuk mengatur pencahayaan agar lebih terang.
Ø Path selection , berguna untuk memilih dan menampilkan titik pada gambar.
Ø Horizontal type , berguna untuk membuat tulisan secara mendatar.
Ø Pen , Berguna untuk menggambar garis lurusdan bentuk kurva atau garis lengkung dalam benruk path.
Ø Line, berguna untuk membuat bentuk garisan
Ø Notes, berguna untuk membuat catatan.
Ø Eyedroper, berguna untuk memilih warna Foreground atau background pada gambar atau objek .
Ø Hand, berguna untuk memindahkan gambar atau objek.
Ø Zoom, berguna untuk membesarkan atau mengecilkan objek
Ø Foreground dan background color , berguna untuk mengeset atau mengubah warna.
Ø Edit in standard mode, berguna untuk mode  standard.
Ø Edit in Qiuck mask mode, berguna untuk mode  efek mask secara cepat.
Ø Standard screen mode , berguna untuk mengaktifkan gambar yang distandard.
Ø Full Screen mode, berguna untuk mengaktifkan  penuh satu layer tanpa menu bar
Ø Full Screen mode with menu bar, berguna untuk mengaktifkan penuh satu layer dengan menu bar.

Perempuan ambil masa 3 minit untuk decide Mr right ??

Assalamualaikum and selamat petang.

Aku memang agak terkesima bila dengar tajuk tu ye. Agak terperanjat jugak la kan. Haha. Highlight kat situ PEREMPUAN ye. Haha

Search ni telah dibuat oleh seorang penulis luar negara Ben Kay  yang mengatakan perempuan hanya mengambil masa hanya 3 minit untuk menentukan sama ada mereka suka atau tidak pada seseorang lelaki itu.

Perempuan juga dengan senangnya dan tawa rianya mendescribe sama ada mamat yang dia suka tu bercita-cita tinggi dan boleh berjaya atau tidak.

Mengikut kajian perempuan juga percaya masa selama 180 saat sudah cukup untuk mengetahui sama ada lelaki itu Mr right atau Mr Wrong mereka.Kajian juga mangatakan perempuan juga selalunya tetap dengan pendirian mereka dan jarang untuk mengubah fikiran.


"I think a lot of people believe in trusting their instincts when dating. It makes it seem more magical, like it's coming from somewhere deeper. But it's surprising how quickly women make a decision. That's barely enough time to finish a drink together," katanya
 
"It's interesting that so many women trust their instincts and yet still give men the opportunity to change their minds. Some men might think this is leading them on but I would imagine most women just want to give every bloke a fair shot," tambanya lagi.


Nota kaki: Haha. ye ke?? 3 minit?? Apa-apa jela.

Review under 15.

Blogger-blogger under 15 *maksudnya umur bawah 15 la. 15 pon boley.Anda boley la meninggalkan link di sini okey. Blog anda akan direview di blog STORYTELLER. Tak kisahla blog anda bertemakan apa pun.

15 yang terpantas akan diberi keutamaan.

Sila sertakan:

Nama:
url Blog:

Serba sedikit pasal blog anda:

Pertandingan Blog Paling Superb !







Assalamualaikum and evening readers!!

Nak join tak??Aku nak promote ni.

Semua contest ada pertandingan macam tu jugak la contest ni. Syarat-syaratnya :


  1. Terbuka kepada Malaysian Blogger yang tinggal di Malaysia only . Kalau korang tinggal kat luar negara, payah nak post hadiah .*Pass
  2. Kena follow blog Aisyah dan Izzah dulu . Kalau tak nak follow pun takpe tapi make sure korang salu update ngan blog kitaorang okeyy ? *I'll follow u later ok.=)
  3. Mesti ada blog . Kalau takda blog, takdalah contest dan hadiah . :) *saya sayang STORYTELLER
  4. Buat satu entry bertajuk Pertandingan Blog Paling Superb ! Copy entry dan banner ini .*pass
  5. Tinggalkan URL blog, emel & nama korang di blog aisyah sahaja . Click tab Contest. Kalau korang nampak Pertandingan Blog Paling Superb !, click and then tinggalkan URL blog, emel dan nama penuh di ruangan komen .*Pass
  6. Hadiah Misteri menanti anda !*tgh tunggu kalau dapatla. Haha
  7. Had penyertaan : 200 blogger yang awal mendaftar saja boleh ikut .*aku tatau la aku yg keberapa. Enter je.
  8. Hanya 3 blogger sahaja dipilih !
  9. Kalau ada apa2 perubahan akan diberitahu nanti .
  10. Tag kengkawan anda juga ! Tag lah seramai mana yang korang nak . Tak nak tag pun tak pe .http://lappykugiler.blogspot.com , http://afiqahdira.blogspot.com,  http://fieydaillusion.blogspot.com, http://fafatyngegurl.blogspot.com/
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 21 FEBRUARY 2011, 11.59 malam
Cepat tau!!

hilangkan parut di muka

Assalamualaikum

Pagi ni aku nak kasi tips terbaik dari ladang yang budak planters kat u aku pun tercarik-carik. Bende ni aku da  test sendiri dekat muka aku. Walaupun agak lambat untuk menghilangkan parut jerawat tapi cara ni memang berkesan.
Bahan yang digunakan:

Asam jawa. *selalunya aku kebas mak aku punya je kat dapur tu.Aku harap korang tau asam jawa tu bentuk di camna.
Ayaq / dalam bahasa KyL air yang secukupnya.



i. Sila ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut kau kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.

ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.

iii. Lepas tu, kau sapukan campuran tadi ke kawasan parut di muka kau. Biarkan ia sampai kering.

iv. Sebaik-baiknya kau buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke muka au. Esok pagi barulah  basuh.

v. Amalkan cara nie selalu sampailah kau berpuas hati dengan hasilnya..


inginkan DSLR??

Assalamualaikum.

Kawan aku cakap 'Kau carik jela pakwe yg ada camera tu.Payah sangat'. Masalahnya dia nak ke aku and aku nak ke dia. Alek-alek aku capai camera dia  je. Orang dia aku letak tepi-tepi dan jauh-jauh. Haha kejam kejam.

Bukan apa aku teringin sangat da camera ni. Nak-naknya sekarang da ada macam-macam. Lagila perasaan ingin memiliki pakwe berDSLR membuak-buak. Eyh silap. Lagila perasaan ingin memiliki camera tu membuak- buak.

Mengikut pada tajuk ,korang pon mesti nak kan??

Cara-cara dia senang je. Ni petua terbaek dari Malaysia. Tapi korang jangan merungut sebab aku pon buat yang sama. Huhu And yang ni untuk blogger-blogger yang kempunan kat luar sana macam aku ni. Takde duit nak beli. Bukan takda duit. Belum kumpul lagi. Senang cerita tak berkemampuan.


1. Belajar pandai-pandai.
2.Bila da pandai, keje best-best.
3.Then, mesti dapat gaji ribu-rabun.
4. Time tu boley la korang beli.

Takda bende yang FREE kat dunia ni melainkan orang kata "kau nak?? FREE ni."

Tapi orang kata. Orang kata tau bukan aku kata. Aku type je. Haha

Tak semestinya kalau ada DSLR kau boley snap pic cantik-cantik.

tudung oh tudung

Assalamualaikum.

Haa sebelum tu aku nak ucap thnxs kat bro Hiro sebab tegur tulisan kat blog aku  ni. Hehe. so sekarang aku da tuka tulisan. aku harap pasnie dia tak kondem lagi la. hehe.


Ok cerita ni berdasarkan pengalaman aku. Ni bukan cerita miah oh miah yg da tercalon kat anugerah skrin tu ye.

Dulu aku suka tengok kau pakai tudung. Comel je. cute je. *bukan comel ngan cute tu same ke?? Bila kau pakai baju kurung lagi la sopan. Bertambah-tambah anggun. Walaupun muka kau takdela secantik Julia zigler dalam  cerita Qasidah buat Laila tu tapi manis je aku tengok kau.

Satu hari kau tanya aku dan yang lain-lain. "korang kalau aku free hair terus boley kan?? sebab ramai kata aku nie macam main-mainkan agama. asyik on off pakai tudung. Kat sekolah je aku pakai tudung. Bila keluar aku free hair je". Kawan.....takkan na tegur lebih-lebih. dulu kononla takut sakit hati. Dosa masing-masing. Secara tak langsung aku pun just reply "suka hati kau la. hidup kau." Yang lain-lain pon reply yang sama.

Kalau la sekarang aku boley panggil Doreamon putarkan balik mase dan kalau la aku tak cakap macam tu mesti sampai sekarang kau nampak comel kan. Walaupun kau pakai baju kurung still taknampak macam dulu. aku ridukan kau yang dulu. Aku tak reti nak cakap macam mane da supaya kau pakai tudung balik. Salah aku jugak cakap kt kau macam tu. Aku harap sangat Allah bagi petunjuk dekat kau.

Aku suka tengok budak-budak pakai tudung. *comel wowk