My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Tanpa Kita Sedari


Assalamualaikum.

Sedar tak kita yang kadang-kadang kita asyik dengan alam maya atau kata lainnya alam fantasi sehinggakan mengabaikan orang sekeliling.

Sedar tak kita kadang-kadang mak memerlukan pertolongan kita untuk ke kedai hanya untuk membeli sayur. Untuk siapa?? Adakah untuk orang lain??

Sedar tak kita makan dan minum kita terabai akibat dek terlampau excited dengan dunia maya. “pukul 3 nnati kita jumpa kat habbo eyh”.

Solat?? Kadang-kadang main skip-skip. Microeconomics pon study pasal hablumminanas. Hubungan kita dengan Allah. Kerana alam maya kita berlengah-lengah. “kejap lagi la aku semayang.” Sampai pukul 7 malam “alamak tadi tak asar lagi la”.  

Kita lagi mementingkan kawan maya kita dari roommate  yang dok terlantar demam dekat atas katil.Tanpa kita sedari kita telah menyakitkan hatinya. “suruh kawan kau hantar kau pergi penawar la. Aku banyak assignment”.

Semuanya kerana facebook, ym, skype, twitter dan blog.

Tak salah ingin menambah kan lagi kenalan. Tapi jangan dilupa alam realiti.

Fikir-fikirkan la dan selamat beramal.

2 comments:

نورول فريده said...

betul2 .
memang rasa lalai gila kot :(

izzatiRosli said...

fida:kdg2 izz pon rse cmtu.

mejuez:tq ats pndgan anda. akan diusahakan lg. hehe