My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

Ada ape dengan Korea??


Assalamualaikum.

Merujuk kepada tajuk di atas sememangnya aku tertanya-tanya. Apa ada dengan korea?? Tetttt
jawab. Konfem memang kena kondem sat g aku nie. Huhu  Takdela kadang-kadang aku pelik jugak.Aku pun minat gak korea tapi takdela fanatik sangat. Ada sebahagian diorang-diorang nie siap tubuhkan kelab lg . Apela.  Fanatik gile. Sape nak jadi ahli kena bayar 5hengget. Jadi ahli surau pon tak kena bayar tau tak. FOC lagi.

Aku bukanla nak mengutuk tapi berpada la orang kata. Nak- nak lagu korea.  Sampaikan ringtone mesej pon nak wat lagu korea. Kalau sedap takpe. Cuba korang bayangkan . Katakanla roommate korang tengah solat. Tiba-tiba bunyi lagu tu. Mau tak berjoget roommate korang tu. Haha Tak kusyuk la solat dia nanti. Time tu pulak korang keluar  g bilik kawan yang sama aras. Sape nak tekan supaya lagu tu tak berhenti?? Takkan roommate yang solat tu plak.Same goes like roommate korang tengah baca yassin. Yassin ok lagi kott. Sebab roommate korang boley berhenti sat and tekan pause.

Kalau solat?? Kan da parah jadinya.  Tu belum lagi yang kat rumah  dok bilik penuh  ngan poster. Yang sanggup beli majalah mahal-mahal tu.  Sanggup nie walaupun takda translate bm ke bi ke. Dapat tengok gamba  pun jadila katakan. Haishhh..  tatau cek nak habaq da. Apa-apa pun sikit-sikit sudah.Jangan terlampau sangat. Tak semestinya orang sekeliling kita suka dengan apa yang kita buat. Ok sila kondem sekarang!! Haha