My photo
Hye peeps !!panggil aku zati je.Aku seorang budak yang berumur 20 tahun. Masih budak- budak lagi. Aku seorang budak Dip. In Banking Uitm yang bakal nak masuk sem 6 tak lama lagi.

memberi salam

Salam.   Asal sejak dua menjak ney post aku cam keislaman sket eyh?? Haissshhhh pengetahuan. Bnyak ilmu luas pandangan. hehe tak gitu??

Seperti tajuk diatas aku nk la bercerita sket tentang memberi salam neyh. Tym aku skola menengah dulu asal tembung ngan cikgu je mesti aku bagi salam. Pelajar beradab la katekan.
Tapi masalahnya cikgu tu wat muke toye dy je.  Bukan nak jawab balik. Kawan aku nak sedap an hati aku dy ckp la "maybe cikgu tu penat kowt. Tu yang tak jawab salam ko tuh. Dy jawab dalam hati je". Aku pon beralah.
Mungkin la kowt. 

Then ade satu petang jumaat ney aku tgk la AL-Kuliyyah. Tak pena2 tgk ttbe tgk. Tak dela xpena tapi jarang la sbb petang2 ney slalunya aku suke membungkang. Letih la katekan.  

Tym tu aku tak ingat la ustaz ape. Tajuk dy pasal bg salam ney jugak la. Dalam islam tiada istilah jawab salam dalam hati. Dengan tidak sengaja aku da pon dapat bukti yang mane boleh jawab salam dalam hati. Penat macam mane pon kene jawab jgak.


Salam memiliki 3 tingkatan, tingkatan yang paling tinggi, paling sempurna dan paling utama adalah ‘Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh’, kemudian yang lebih rendah daripadanya ucapan ‘assalamu’alaikum warohmatullah’ dan terakhir yang paling rendah adalah ‘assalamu’alaikum’. Seseorang yang mengucapkan salam (Musallim), boleh jadi mendapatkan ganjaran yang sempurna dan boleh jadi mendapatkan ganjaran di bawahnya, sesuai dengan salam yang dia ucapkan.” Hal ini sesuai dengan kisah tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan saat itu Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk, berkata lelaki tadi, “Assalamu’alaikum”, maka Nabi menjawab, “wa’alaikumus salam, sepuluh atasmu”, kemudian masuk lelaki lain dan berkata, “Assalamu’alaikum warohmatullah”, Rasulullah menjawab, “Wa’alaikumus Salam warohmatullah, dua puluh atasmu”. Tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki sambil mengucapkan “Assalamu’alaikum warohmaatullahi wabarokatuh”, maka jawab Rasulullah, “Wa’alaikumus Salam warohmatullahi wabarokatuh, tiga puluh atasmu”. (HR Abu Dawud dan Turmudzi), yang dimaksudkan adalah sepuluh, dua puluh dan tiga puluh kebaikan.




                   
            

No comments: